web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Sekeluarga Rentung, Rumah Teres 2 Tingkat Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 10:51AM

4 sekeluarga maut selepas rumah 2 tingkat yang mereka diami musnah di Taman Hungap, Jalan Nosob, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Empat sekeluarga rentung apabila rumah dua tingkat yang didiami musnah di Taman Hungap, Jalan Nosob, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.52 pagi melalui MERS999.

4 sekeluarga rentung selepas rumah mereka terbakar di Taman Hungap, Jalan Nosob, awal pagi tadi.
4 sekeluarga rentung selepas rumah mereka terbakar di Taman Hungap, Jalan Nosob, awal pagi tadi.

Menurut beliau, sepasukan 11 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan dua jentera dan van Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat jenis kekal yang telah terbakar 90 peratus. Dua buah kenderaan turut terbakar 10 peratus akibat bahang kebakaran.

"Hasil pemeriksaan, tiga lelaki dan seorang perempuan ditemui rentung dalam insiden ini, dikenali sebagai pasangan suami isteri, Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak lelaki mereka, Brandon Wong, 18, dan Eric Wong, 15," katanya.

Menurutnya, operasi terkawal pada jam 3.40 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 6.10 pagi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. – Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia