web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pesakit Positif COVID-19 Larikan Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Sep 2021 2:25PM

Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Seorang pesakit yang disahkan positif COVID-19 melarikan diri selepas menjalani ujian saringan awal RTK di Jabatan Kecemasan Hospital Lahad Datu, semalam.

Getaran difahamkan, pesakit yang berusia 30 tahun itu datang ke Jabatan Kecemasan selepas mengalami demam dan hilang deria rasa sekitar jam 8 malam.

Dia kemudian diberikan rawatan awal dan menjalani ujian saringan RTK sebelum diarahkan beristirehat di ruangan zon Coklat sementara menunggu keputusan ujian saringan.

Lelaki itu bagaimanapun bertindak melarikan diri selepas diminta menunggu untuk menjalani ujian darah, apabila keputusan ujian mengesahan dia positif dijangkiti virus COVID-19.

Dia dipercayai menyelinap keluar melalui ruang tepi dinding yang dibuat untuk pengudaraan dan meninggalkan hospital dengan menaiki sebuah kenderaan.

Susulan kejadian, pengurusan hospital terpaksa membuat laporan polis bagi membolehkan operasi mencari segera dilancarkan.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner (ACP) Rohan Shah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan. – Getaran, 7 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

3

Kolum 3 bulan yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Macam Ni Punya Besar, Apa Dia Makan Agaknya Ek?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia