web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengembala Lembu Didakwa Bunuh Wanita Yang Mayatnya Disorok Di Bawah Katil

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 4:36PM

M Kirubakaran dihadapkan ke Mahkamah Munisipal di sini hari ini atas satu pertuduhan membunuh seorang wanita. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang pengembala lembu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang kerani wanita dua minggu lepas yang mayatnya ditemukan disorok di bawah katil di sebuah rumah.

M Kirubakaran, 29, didakwa membunuh  Lee Ling Tee, 40, di rumah mangsa di Jalan Permatang Ara, Taman Seruling Emas di Sungai Jawi, Nibong Tebal antara 3 pagi hingga 4 pagi, pada 28 Ogos lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aziana Azib kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Kirubakaran mengaku bersalah atas dua pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine semasa pemeriksaan ujian saringan air kencing ke atasnya dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan pada 1 pagi 29 Ogos lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 8 November untuk sebutan semula kes bagi kesemua pertuduhan.

Semua prosiding kes hari ini dijalankan di Mahkamah Munisipal Butterworth selepas Mahkamah Jawi sedang dalam kerja-kerja penambahbaikan.

Pada 29 Ogos lepas, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Lee Chong Chern dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan pada 7.20 malam memaklumkan penemuan mayat seorang wanita berusia 40 tahun disorok di bawah katil di sebuah rumah teres jenis dua tingkat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia