web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Abdul Azeez Masih Belum Bebas - SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 9:47PM

Abdul Azeez Abdul Rahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Tabung Haji,  Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim masih belum dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jurucakap suruhanjaya itu berkata, ia sekali gus menafikan dakwaan peguam Abdul Azeez, bahawa analisis laporan kewangan disiarkan SPRM sebelum ini membebaskan beliau daripada tuduhan dikenakan.

“Laporan berkenaan adalah satu hujahan yang masih belum diputuskan mahkamah,” katanya di sini.

Peguam bela Abdul Azeez, Amer Hamzah Arshad semalam memberitahu Mahkamah Rayuan, laporan analisis kewangan oleh SPRM ini telah membebaskan anak guamnya daripada kesemua pertuduhan berkenaan.

“Di sebalik laporan ini, anak guam saya masih dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk menghadapi pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan projek jalan di Kedah dan Perak,” katanya.

Azeez dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 13 tuduhan.

Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan itu kemudian didengar di Mahkamah Rayuan semalam.

"Laporan media yang memetik kenyataan peguam bela beliau seolah-olah menggambarkan Abdul Azeez sudah bebas daripada kesemua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram sedangkan mahkamah belum membuat keputusan.

"Kenyataan itu adalah hujahan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan untuk membatalkan kesemua 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Abdul Azeez 12 Mac lalu,” katanya. - Getaran, 7 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia