web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Positif Dadah Rupanya...

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 5:43PM

Lelaki yang mengamuk di depan Balai Polis Gopeng hari ini didapati positif dadah dan mempunyai 16 rekod kesalahan lampau. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Lelaki yang mengamuk dengan berdiri di atas kereta peronda polis dan menghayun sabit di hadapan Balai Polis Gopeng, Kampar, hari ini, didapati positif dadah jenis syabu dan heroin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, semakan dilakukan polis juga mendapati suspek mempunyai 16 rekod kesalahan lampau membabitkan jenayah dan dadah.

Menurut beliau, ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi, suspek berusia lingkungan 61 tahun didapati memasuki kawasan Balai Polis Gopeng dengan menaiki motosikan serta membawa sebilah parang dan sabit bersama.

Katanya, suspek kemudian bertindak melibas parang dan sabit dibawa di hadapan pintu masuk kaunter pertanyaan balai sebelum cuba ditenangkan anggota polis bertugas.

“Suspek selepas itu bertindak keluar dari kawasan balai dan menuju ke Jalan Ipoh - Kuala Lumpur namun disekat oleh anggota polis di hadapan pagar balai berkenaan.

“Kereta peronda polis turut diletakkan di tengah jalan sebelum itu bagi menghalang daripada orang ramai melalui kawasan terbabit," katanya di sini hari ini.

Mior Faridalathrash Wahid
Mior Faridalathrash Wahid

Mior Faridalathrash memberitahu, lelaki berkenaan meluru ke arah kenderaan polis itu, sebelum memanjat bumbung kereta dan melibas kedua-dua senjata dibawa bagi mengelakkan dirinya didekati.

Katanya, pihak bomba terpaksa dipanggil sekitar jam 8.30 pagi tadi bagi membantu polis memberkas lelaki terbabit, dan suspek berjaya ditahan selepas dipancut air.

"Suspek yang jatuh akibat pancutan air oleh bomba turu mengalami kecederaan, manakala hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

“Siasatan juga mendapati suspek telah mengamuk sebelum itu di kawasan Pasar Awam Lawan Kuda dan merampas motosikal milik orang awam," katanya.

Beliau memberitahu, polis merampas sebilah parang, sabit, sebuah motosikal dan empat kunci daripada suspek, susulan penahanan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Dan Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Getaran sebelum ini menyiarkan video seorang lelaki bertindak agresif dengan berdiri di atas kereta peronda polis dan menghayun sabit yang viral di media sosial. 

Menerusi video berdurasi 43 saat itu,  seorang lelaki tidak berbaju dan hanya memakai seluar jeans dilihat berdiri di atas bumbung kereta peronda polis sambil menjerit dan menghayun galah sabit. - Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024

Semasa 10 jam yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

Sukan 10 jam yang lalu

Altimet Tawar Bantu Bayar Denda Selangor FC

Semasa 1 hari yang lalu

Konsert Double Trouble 2 : Bekas Penolong Pengurus Dituduh Minta, Terima Rasuah