web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perbaiki Segera Sistem Perolehan Tender Kontrak Bangunan Kerajaan - JPKK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa memperbaiki sistem perolehan tender kontrak bangunan kerajaan, seperti perkhidmatan keselamatan dan kebersihan di sekolah serta hospital pada kadar segera.

Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) berkata,  kajian mendapati masalah ketelusan (transparensi) dan akauntabiliti berlaku dengan sangat berleluasa dalam kalangan penerima tender kontrak semua khidmat sokongan berkenaan.

Kordinator Nasional JPKK, Danial Hakeem Azman berkata, terlalu banyak syarikat yang beroperasi di sekolah kerajaan dikesan melanggar undang-undang, termasuk menindas pekerja dengan tidak memberi gaji minimum, cuti tahunan dan cuti sakit.

"Ada yang terus beroperasi tanpa dikenakan sebarang tindakan, ada juga syarikat yang terus mendapat tender berulang kali walaupun banyak rekod aduan dikemukakan pekerja," katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Jelas Danial, kajian JPKK juga mendapati, beberapa syarikat di sekolah memiliki hubungan rapat dengan ahli politik, manakala maklumat mengenai latar belakang syarikat sukar diperiksa dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), malah banyak syarikat dikesan tidak menyerahkan laporan audit ke suruhanjaya berkenaan.

"Masalah dialami pekerja pembersihan di hospital juga berpunca akibat kekebalan kontraktor yang datang dari masalah akauntabiliti dan ketidaktelusan," katanya lagi.

Atas dasar ini katanya, kerajaan digesa untuk segera mengambil beberapa langkah yang munasabah bagi memastikan pekerja barisan hadapan ini terjamin.

"Antaranya ialah senaraihitamkan syarikat bermasalah serta mereka yang mempunyai kaitan dengan ahli politik sebelum pemberian tender. 

 "Kebenaran juga hanya perlu diberi kepada syarikat Sendirian Berhad dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja. Kerajaan juga perlu menyenaraihitamkan syarikat yang disumber-luarkan atau subkontrak," tegasnya. - Getaran, 8 September 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia