web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Nyaris Maut, Kereta Dipandu Dirempuh Lamborghini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Sep 2021 8:53PM

Sebuah kereta mewah Lamborghini yang dipercayai hilang kawalan lalu merempuh beberapa kenderaan lain termasuk sebuah Proton Perdana di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta dipandunya terbalik akibat dirempuh sebuah kereta mewah jenama Lamborghini yang tiba-tiba hilang kawalan ketika berada di Jalan Tun Razak, hari ini.

Dalam kejadian jam 8.40 pagi itu, pemandu kereta mewah berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke Bulatan Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemandu berusia 42 tahun terbabit bagaimanapun terkejut melihat kesesakan lalu lintas sebaik tiba di lokasi.

"Akibatnya, kenderaan yang dipandu hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kereta lain termasuk Proton Perdana yang dipandu seorang wanita berusia 53 tahun sehingga terbalik.

"Beberapa kenderaan lain turut dirempuh hingga menyebabkan berlaku kerosakan," katanya di sini.

Sarifudin berkata, semua pemandu kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami cedera ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, saringan ujian air kencing dan alkohol yang dilakukan terhadap pemandu berkenaan mendapati dia negatif penggunaan bahan terlarang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia