web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Orang Ramai Diingatkan Waspada Dengan Broker Hartanah Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:32AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan hartanah mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan broker haram yang bertopengkan teknologi dan inovasi.

Gesaan itu dibuat oleh Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM); Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS); Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM); Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) serta Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Dalam kenyataan bersama pada Rabu, kesemua pertubuhan itu meminta orang ramai supaya hanya berurusan dengan ejen dan firma hartanah yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPPEH) sahaja apabila berurusan dengan mana-mana individu atau pihak yang menjalankan perkhidmatan hartanah merangkumi perkhidmatan penjualan, pembelian, penyewaan, pajakan, pentadbiran penyewaan dan khidmat nasihat.

Ia sebagai peringatan bahawa wujud pihak-pihak yang bukan ejen hartanah tetapi mengendalikan perniagaan agensi hartanah secara haram di samping menggunakan pelbagai bentuk idea kreatif untuk berbuat demikian, menurutnya.

Semua pertubuhan itu menjelaskan perkhidmatan hartanah adalah diwartakan sebagai perkhidmatan profesional di bawah Akta Penilai, Pentaksir Dan Ejen Harta Tanah 1981 atau dikenali sebagai Akta 242 untuk melindungi orang ramai.

“Ini juga untuk memastikan jika pihak lain, selain yang berdaftar, melakukan kerja-kerja sebagai ejen dalam sebarang bentuk atau cara, mereka melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah dan dihukum denda tidak lebih daripada RM300,000 dan penjara tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya,” menurut semua persatuan itu.

Semua persatuan itu mengatakan bahawa mereka tidak menentang inovasi dan teknologi sebaliknya mahu memperkukuh pendirian mereka.

“Kita tidak boleh membiarkan mana-mana pihak, sama ada individu atau syarikat dalam sebarang bentuk, yang tidak mematuhi undang-undang tanah sedia ada, di mana ia sesuai dengan amalan ejen hartanah setakat ini,” jelasnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kenaikan Kos Boleh Jejas Daya Maju Projek Pembangunan - Presiden REHDA

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Miliki Aset RM4.49 Juta, Najib Ada 6 Kereta Mewah

3

Singapura 2 tahun yang lalu

Maybank Singapore Tarik Balik Saman Ke Atas Pengerusi NFC, Anak Berhubung Pinjaman S$2.53 Juta

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Sime Darby Property Kembali Catat Keuntungan Pada Suku Kedua

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia