web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Miliki Aset RM4.49 Juta, Najib Ada 6 Kereta Mewah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Aug 2022 6:38PM

Aset nilai kedua terbesar Najib adalah RM1.24 juta iaitu baki akaun semasanya dengan Affin Bank setakat 30 Jun. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai aset bernilai RM4.49 juta, termasuk tanah dan hartanah di Pahang dan Selangor, serta lima Mercedes-Benz dan sebuah Bentley.

Malaysiakini melaporkan pendedahan itu dibuat susulan SRC International Sdn Bhd dan sebuah anak syarikatnya, Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) selaku plaintif memperoleh perintah injunksi mareva daripada Mahkamah Tinggi di sini.

Perintah injunksi mareva dibuat bagi menghalang Ahli Parlimen Pekan itu daripada memindahkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai sehingga RM42 juta, sehingga keputusan dicapai dalam kes antara plaintif dan defendan.

Pemfailan itu yang disahkan peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee dibuat pada 20 Julai lalu.

Aset dengan nilai terbesar daripada RM4.49 juta itu ialah RM2.52 juta dalam pegangan Amanah Saham Nasional Bhd beliau setakat 13 Jun.

Aset nilai kedua terbesar iaitu RM1.24 juta adalah baki akaun semasanya dengan Affin Bank setakat 30 Jun.

Bagi tanah dan hartanah, Najib mempunyai tujuh secara keseluruhannya di Pahang dan Selangor, bernilai RM460,987.

Selain lima Mercedes-Benz dan Bentley Continental Flying Spur, aset kenderaan lain ialah motosikal Honda EX5 dan juga Kawasaki ZG.

Najib yang disabitkan atas pertuduhan rasuah berkaitan RM42 juta diterima daripada SRC International, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta pada Julai 2020.

Rayuannya di Mahkamah Persekutuan dijadualkan didengar selama 10 hari mulai 15 Ogos. - The Vibes, 2 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia