web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOP Kecemasan, MERS 999 Perlu Perubahan - Hajiji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 7:26PM

Hajiji Noor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Prosedur operasi standard (SOP) dalam Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 perlu diubah, agar kejadian yang menimpa empat sekeluarga di Penampang, awal pagi Selasa lalu, tidak berulang.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor berkata, kejadian itu amat menyedihkan kerana isu keselamatan seperti kebakaran tidak seharusnya dirujuk ke Kuala Lumpur terlebih dahulu hingga mengambil masa untuk menyelamatkan mangsa.

Menurut beliau, panggilan kecemasan seharusnya disambungkan terus ke balai bomba terdekat bagi membolehkan bantuan menyelamat segera dihantar.

“Sepatutnya, apabila tahu panggilan adalah dari Sabah dan ada kecemasan, kenapa tidak terus sambung ke pihak yang berkaitan seperti balai bomba di daerah dan negeri terbabit, atau berikan nombor telefon yang boleh dihubungi.

“Tidak perlulah tanya banyak soalan kerana setiap panggilan ke MERS 999 sudah pasti membabitkan hal kecemasan. Kita kena peka dengan situasi dan dalam keadaan kecemasan, sudah pasti panik berlaku hingga tiada masa untuk memberi semua maklumat yang diperlukan,” katanya, kesal.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tragedi awal pagi Selasa lalu, apabila empat sekeluarga rentung setelah rumah mereka di Taman Hungab di Penampang terbakar.

Kebakaran berkenaan mengorbankan sepasang suami isteri dan dua anak mereka, dengan kesemua mangsa berusia antara 15 hingga 50 tahun.

Identiti kesemua mangsa disahkan sebagai Matthew Wong, 50, isterinya, Jecky Vun Kon Fong, 47 serta dua anak mereka, dikenali sebagai Brandon, 18 dan Eric, 15 tahun.

Hajiji pada masa sama turut menggesa orang awam menyimpan nombor penting seperti balai polis, bomba dan hospital di kawasan masing-masing, untuk memudahkan proses meminta bantuan jika berlaku kecemasan.

“Selain MERS 999, simpanlah juga nombor balai polis, bomba dan hospital di kawasan masing-masing,” katanya. - Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Hari Sabah Kembali Selepas 60 Tahun, Bakal Jadi Acara Tahunan

3

Politik 1 tahun yang lalu

SOP Hari Pengundian: KKM Umum Selewatnya 2 Hari Sebelum Mengundi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Lagi Wajib Pakai Pelitup Muka Dalam Pengangkutan Awam, Fasiliti Kesihatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia