web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Sijil Vaksinasi Digital Akan Diselesaikan Segera - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 8:29PM

Khairy memberi jaminan yang segala isu berkaitan MySejahtera akan diselesaikan dengan segera. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memberi jaminan akan menyelesaikan pada kadar segera isu berkaitan sijil digital yang berperanan penting sebagai bukti bahawa seseorang individu sudah melengkapkan dos vaksinasi masing-masing.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pasukan yang menguruskan aplikasi MySejahtera diberi masa seminggu bagi menangani isu tersebut, apabila masih ada individu tidak memiliki sijil digital mereka walaupun sudah melengkapkan dos diperlukan.

Menurut beliau, kad vaksinasi juga akan dikeluarkan kepada penerima suntikan sebagai bukti sokongan bahawa mereka telah lengkap divaksin.

“Begitu juga bagi mereka yang divaksin mengikut program Selvax Selangor, semua isu membabitkan aplikasi MySejahtera turut akan ditangani,” katanya dalam sidang media secara langsung di Facebook rasmi KKM petang tadi.

Dalam perkembangan lain Khairy mengakui, kementerian turut berdepan kes kematian akibat COVID-19 membabitkan individu yang sudah lengkap divaksin, namun ia hanya melibatkan peratusan kecil, sekitar 0.0009 peratus.

Jumlah itu katanya, bersamaan dengan 90 orang per sejuta penduduk.

“Saya ingin tegaskan bahawa vaksinasi memang berkesan dan menyelamatkan nyawa, tidak kira jenama yang diterima.

“Memanglah akan ada kematian ‘breakthrough’, namun lebih baik anda divaksin daripada tidak mengambilnya,” katanya. - Getaran, 9 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

4

Politik 1 tahun yang lalu

KJ Bertemu Muhyiddin Dalam Tempoh Terdekat, ‘Saya Serba Salah Tentukan Tawaran Kerana…’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia