web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVIDNOW Dilancar, Bekalkan Maklumat Sahih COVID-19 Setiap Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 8:40PM

Laman COVIDNOW khusus bagi membekalkan segala maklumat dan data berkaitan COVID-19 di negara ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu laman web baharu dikenali sebagai COVIDNOW dilancarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, khusus bagi membekalkan segala maklumat dan data berkaitan COVID-19.

Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin berkata, laman web terbabit menggunakan format baharu bagi memastikan semua input disampaikan dengan pantas dan tepat.

Menurut beliau, ia termasuk perincian kes baharu, bilangan kematian, status serta jenis vaksin, kapasiti sistem kesihatan awam dan kesan sampingan susulan vaksinasi (AEFI).

Jelasnya lagi, kewujudan laman web itu juga seiring dengan misi digalas KKM ketika ini, iaitu lebih telus dalam perkongsian maklumat.

“Malaysia antara negara terawal yang berkongsi data secara terbuka melalui GitHub, namun paparan data di GitHub itu dirasakan lebih sesuai untuk mereka yang mahir dengan sains data.

“Saya berharap dengan data dan maklumat yang dikongsikan di COVIDNOW, masyarakat mempunyai pemahaman dan kesedaran yang lebih baik berkenaan situasi jangkitan COVID-19 dalam negara,” katanya dalam sidang media secara langsung di Facebook KKM hari ini.

Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Alif Omar
Khairy Jamaluddin - Gambar oleh Alif Omar

Mengulas lanjut Khairy berkata, usaha untuk melakukan perubahan tingkah laku (behavioural change) dan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) perlu dipertingkatkan, bagi membolehkan proses memasuki fasa baharu kehidupan berjalan lancar.

Dalam hal ini katanya, pembaharuan turut akan dilakukan kementerian supaya laporan lebih tepat mengenai data kematian dapat disampaikan setiap hari.

“Berdasarkan prosedur sebelum ini, pelaporan data perlu disahkan selepas mayat selesai menjalani proses bedah siasat, yang mengambil masa berhari-hari. Ini perlu diubah.

“Laman web itu boleh dilayari mulai pukul 6 petang hari ini menerusi www.covidnow.moh.gov.my manakala data harian terkini berhubung COVID-19 akan mula disiarkan selepas pukul 12 malam setiap hari,” katanya. - Getaran, 9 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

3

Semasa 9 bulan yang lalu

PADU: Data Dikawal Selia Akta Sedia Ada, Tak Perlu Gusar

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Didakwa Fitnah PM, Menteri Kabinet, Lokman Adam Buat Laporan Polis Atas KJ

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia