web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PADU: Data Dikawal Selia Akta Sedia Ada, Tak Perlu Gusar

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jan 2024 9:22PM

Syed Ibrahim Syed Noh - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat tidak perlu gusar dengan data yang dikumpulkan menerusi sistem Pangkalan Data Utama (PADU) memandangkan ia dikawal selia oleh

Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Syed Ibrahim Syed Noh berkata selain itu, bagi memperkukuhkan perlindungan data peribadi individu, Akta Omnibus yang akan dibentangkan kerajaan juga mampu menghalang daripada ia disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

"Maka, tidak timbul bahawa data ini akan disalahgunakan, tipu dan sebagainya. Bagi saya ia tidak boleh berlaku dengan mudah sekarang kerana terdapat akta yang mengawal selia. Akta Omnibus yang akan dibentangkan di masa akan datang ini juga akan mengawal privasi data kita.

"Itu (Akta Omnibus) juga akan dilaksanakan kerajaan dalam tahun ini dan saya rasa (ia akan dibawa) dalam sidang Parlimen yang akan datang. Maka, akan ada lebih banyak kawalan keselamatan terhadap data-data ini," katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Petang ini yang bertajuk "Transformasi Digital 2024: Menjelang Peluncuran PADU" terbitan Bernama TV hari ini.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada November lepas dilaporkan berkata, kerajaan akan membentangkan Akta Omnibus di Dewan Rakyat bagi membolehkan perkongsian data antara semua agensi kerajaan menerusi sistem PADU.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Ledang berkata selain itu tindakan undang-undang juga boleh dikenakan mengikut akta berkaitan kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan data.

Esok, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melancarkan PADU, iaitu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

Objektif PADU ialah sebagai penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan hampir masa sebenar, yang membolehkan analitik data lebih tepat dihasilkan serta penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, selain membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Orang Ramai Ambil Peluang Hari Terakhir Daftar, Kemas Kini Maklumat PADU

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 14 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 44 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 49 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini