web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Serangan Seksual Kanak-Kanak Bukan Kes Pertama Di Sarawak - Aidi Ismail

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2021 8:58PM

Datuk Aidi Ismail - Gambar Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kes membabitkan Alladin Lanim, pedofilia yang ditangkap melakukan serangan seksual ke atas sekurang-kurangnya 34 kanak-kanak berusia dua hingga 16 tahun bukan satu-satunya kes dikesan di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis negeri, Datuk Aidi Ismail berkata, 260 kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak telah disiasat bermula 10 Julai 2017 hingga 31 Ogos lalu, khususnya sejak Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017(Akta 792) berkuat kuasa.

Menurut beliau, 76 peratus kes telah berjaya didakwa di mahkamah, dengan lebih tiga suku daripadanya telah dijatuhkan hukuman penjara, manakala selebihnya masih dalam proses perbicaraan.

“Tangkapan suspek berusia 40 tahun ini adalah hasil kerjasama pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Polis Persekutuan Australia (AFP) dan pelbagai agensi lain di Malaysia.

“Memandangkan kegiatan suspek berlaku di ‘darkweb’ dan tanpa pendedahan identiti, risikan serta siasatan dijalankan oleh D11 Bukit Aman bersama AFP yang mempunyai lebih kepakaran bidang berkenaan, sehingga membolehkan identiti suspek dikenal pasti,” katanya hari ini.

Aidi menyatakan demikian sebagai mengulas tangkapan Alladin oleh AFP, yang antara lain turut mendorong orang ramai mempertikaikan kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mengulas lanjut beliau berkata, risikan yang dijalankan berjaya mengetahui keberadaan Alladin yang sebenarnya sedang bekerja sebagai konduktor lapangan di sebuah ladang kepala sawit di Biawak, Lundu.

“Laporan yang mengatakan Alladin ditangkap di Pusat Kuarantin di Kuching selepas balik dari Semenanjung Malaysia juga kurang tepat.

“Suspek tidak pernah keluar dari Sarawak sejak balik ke negeri ini pada tahun 2016,” katanya.

Aidi berkata, maklumat diterima menyatakan, Alladin diserbu Bahagian D11 dan D9 JSJ IPK Sarawak pada 5 Julai lalu, bersama ribuan bahan pornografi kanak-kanak di dalam telefon bimbitnya dan disiasat di bawah Seksyen10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap kanak-kanak 2017.

“Lima kanak-kanak dari kawasan kejiranan suspek telah tampil bersama ibu bapa masing-masing untuk membuat laporan polis bagi membantu siasatan.

“Suspek dituduh dengan 18 pertuduhan serta dijatuhkan hukuman penjara 48 tahun 6 bulan bersama 15 sebatan pada 16 dan 17 Ogos lalu  di Mahkamah Sesyen, Kuching,” katanya.

Difahamkan, tertuduh sedang menjalani hukuman dan pada masa sama, beberapa pertuduhan lagi akan dicadangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat ini. -  Getaran, 9 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia