web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOP Khas Untuk Kelancaran Sidang Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 7:21AM

Dewan Rakyat - Gambar fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parlimen Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyediakan beberapa prosedur operasi standard (SOP) khas bagi memastikan kelancaran perjalanan sesi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bermula hari ini, selain mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata antara SOP yang perlu dipatuhi semua individu yang akan memasuki Bangunan Parlimen adalah mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap dan melebihi 14 hari dari tarikh dos terakhir, menjalani ujian saringan COVID-19 secara Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR)  dalam masa tiga hari sebelum memasuki bangunan itu (kali pertama sahaja).

“Selain itu, sepanjang tempoh persidangan Parlimen berlangsung, semua hadirin yang hadir ke Bangunan Parlimen perlu menjalani ujian kendiri pengesanan jangkitan COVID-19 seperti yang ditetapkan oleh pihak Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan semasa.

Beliau berkata KKM turut menasihatkan agar semua individu yang akan hadir ke Parlimen dikehendaki untuk mematuhi SOP dan peraturan-peraturan sedia ada bagi memastikan mesyuarat dapat berjalan lancar, selamat serta penularan COVID-19 dapat dicegah di kawasan Parlimen.

Sementara itu, beliau berkata seramai 26 daripada 1,801 individu yang menjalankan ujian saringan COVID-19 di Bangunan Parlimen pada 10 dan 11 Sept, dikenal pasti positif COVID-19 dan kes yang dilaporkan itu merupakan hasil ujian RT-PCR yang melibatkan seorang senator dan 25 kakitangan Parlimen.

Beliau berkata, selain daripada itu, terdapat juga dua Ahli Parlimen dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di luar bangunan itu dalam tempoh sama.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua individu positif telah lengkap vaksinasi dan 15 daripada mereka adalah kes disahkan COVID-19 sebelum ini iaitu di antara 27 Mei 2021 hingga 1 September 2021, manakala 13 individu pula baharu sahaja dikesan positif buat pertama kali semasa saringan 10 sehingga 11 September 2021.

“Dua kes mempunyai kadar kebolehjangkitan yang tinggi dengan nilai CT atau nilai kitaran ambang RT-PCR di antara 17.57 sehingga 20.58, dan 26 kes dengan nilai CT di antara 21.95 sehingga 38.23,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata ujian PCR “genotyping assay” yang dijalankan mendapati 18 sampel berkemungkinan besar adalah Varian Delta dan satu berkemungkinan besar adalah Varian Beta.

Katanya, bagi mengesahkan jenis varian ini, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah mula menjalankan penjujukan seluruh genom COVID-19.

Dalam pada itu, beliau berkata antara langkah yang diambil bagi mengekang penularan virus itu di Bangunan Parlimen ialah individu yang kali pertama disahkan positif ini (13 kes) tidak dibenarkan hadir ke sidang parlimen.

“Mereka telah diasingkan dan diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO). Siasatan dan penilaian risiko masih dijalankan untuk menentukan kaitan epidemiologi di antara satu sama lain serta mengenal pasti kontak rapat,” katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa individu yang pernah disahkan COVID-19 sebelum ini (15 kes), akan disiasat semula untuk menilai tahap kesihatan dan jangkitan semasa supaya tindakan lanjut dapat diambil.

“Tindakan ini penting bagi mengenal pasti dengan lebih lanjut status jangkitan mereka memandangkan terdapat di kalangan mereka yang masih mempunyai gejala ringan. Buat masa ini, mereka juga tidak dibenarkan hadir ke Sidang Parlimen sehingga diberi keputusan akhir penilaian Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia