web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumlah Jangkitan Akan Kekal Tinggi - Pakar Virologi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 11:28AM

Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pakar meramalkan bahawa jumlah harian pesakit COVID-19 di negara akan kekal tinggi untuk jangka masa yang agak panjang sebelum ia menunjukkan penurunan ketara.

Pakar Virologi Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim berkata, walaupun kadar vaksinasi di negara meningkat saban hari, kes harian pada masa sama kekal tinggi.

Bagaimanapun menurut beliau, trend sama ditunjukkan beberapa negara besar yang program vaksinasinya sudah melebihi 60 peratus populasi seperti United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

“Jika dilihat di beberapa negeri di AS, peningkatan kes harian COVID-19 masih besar walaupun kadar vaksinasinya tinggi dan sudah mula menunjukkan penurunan ketika ini.

“Perkara sama juga berlaku di UK, namun apa yang menyebabkan kes di negara itu terus meningkat adalah disebabkan rakyatnya mula meninggalkan amalan penggunaan pelitup muka dan tidak lagi mengamalkan penjarakan fizikal,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Nazlina menegaskan, pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) harus diteruskan bagi mencapai sasaran imuniti kelompok.

Bagaimanapun beliau mengingatkan, penggunaan pelitup muka, penjarakan fizikal dan keperluan mencuci tangan setiap masa masih memainkan peranan penting dalam melindungi diri daripada jangkitan virus berbahaya itu.

“Walaupun kita berada tahap yang baik dari aspek kadar vaksinasi, perlu diingat bahawa varian Delta yang agak ganas kini sudah berada di dalam komuniti kita,” katanya.

Untuk rekod, selain varian Delta, terdapat dua lagi varian baharu yang dilaporkan mempunyai ciri-ciri lebih ganas iaitu memiliki kekebalan terhadap vaksin antaranya Lamda dan Mu, namun kedua-duanya masih tidak dikesan di Malaysia. - Getaran, 13 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kerajaan Tidak Pernah Berhasrat Hapuskan Laluan Parallel - Dr Dzulkefly

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia