web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


7 Gajah Liar Berjaya Ditangkap, Dipindah Ke Taman Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 12:46PM

Gajah-gajah ini ditangkap selepas memasuki kebun penduduk di Kampung Lawar, Kelantan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JELI - Tujuh gajah liar yang berkeliaran di kebun penduduk kampung sekitar daerah ini berjaya ditangkap dalam operasi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan bermula 7 hingga 10 September lalu.

Tiga gajah jantan dan dua betina berjaya ditangkap di kawasan kebun Kampung Lawar pada 7 dan 8 September oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) PERHILITAN Kelantan, dengan kerjasama kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Lanchang.

Pengarah PERHILITAN Kelantan, Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, dua lagi gajah jantan pula ditangkap pada jam 10 pagi, 10 September lalu di lokasi sama.

Menurut beliau, operasi berkenaan diketuai Ketua UTG Jabatan PERHILITAN Kelantan, Mohd Firdaus Hasbullah dengan dibantu Ketua Jabatan PERHILITAN Daerah Jeli, Ismail Awang.

"Tangkapan diteruskan kerana jika tidak, ia boleh menjejaskan operasi pemindahan gajah liar lain dan mengancam keselamatan petugas PERHILITAN.

"Kesemua gajah liar itu dipercayai daripada kumpulan sama yang ditangkap berhampiran Kampung Bukit Ipoh, Jeli pada Ogos lalu,” katanya hari ini.

Gajah-gajah ini dipercayai keluar daripada hutan untuk mencari makan.
Gajah-gajah ini dipercayai keluar daripada hutan untuk mencari makan.

Ady berkata, kesemua haiwan berkenaan dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Basor untuk mencari makanan, manakala populasi gajah liar yang mendiami kawasan hutan simpan itu dianggarkan berjumlah lebih 30 ekor.

Katanya, operasi tangkap dan pindah itu diambil bagi mengelakkan kerugian berterusan penduduk setempat, selain memastikan keselamatan haiwan tersebut.

Sehingga kini jelas beliau, penduduk terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan mencecah lebih RM90,000.

“Tujuh gajah liar itu kemudian dipindahkan dengan menggunakan dua ekor gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) iaitu Abot dan Rambai, sebelum dilepaskan ke habitat semula jadi di Taman Negara Kelantan-Terengganu-Pahang.

2 ekor gajah denak, Abot dan Rambai digunakan bagi memindahkan 7 ekor gajah ke PKGK, Lanchang.
2 ekor gajah denak, Abot dan Rambai digunakan bagi memindahkan 7 ekor gajah ke PKGK, Lanchang.

Ady berkata, pemindahan terbabit diketuai Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, Che Ku  Zamzuri Che Wan Ab Rahman bersama 35 petugas PERHILITAN Kelantan, Perak, Terengganu dan PKGK Kuala Gandah.

"Penduduk kampung dinasihatkan agar sentiasa membersihkan kawasan tanaman dan kebun supaya tidak bersemak, juga sebagai langkah mengurangkan kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan.

"Pihak jabatan ingin menjelaskan bahawa operasi tangkap pindah gajah bukan penyelesaian jangka panjang, terutama di kawasan kebun atau ladang yang terletak berhampiran kawasan hutan simpan," katanya.

Gajah ini dipindahkan ke habitat semula jadi di Taman Negara Kelantan-Terengganu-Pahang.
Gajah ini dipindahkan ke habitat semula jadi di Taman Negara Kelantan-Terengganu-Pahang.

Menurut Ady, langkah mitigasi yang lebih efektif seperti pembinaan pagar elektrik gajah (SPEG) adalah antara kaedah paling berkesan bagi menghalang gajah liar daripada memasuki kawasan tanaman. 

Pembinaan SPEG itu bagaimanapun katanya, perlu dirujuk terlebih dahulu kepada PERHILITAN bagi memastikan kesesuaian, selain mengelakkan sebarang kemalangan terhadap hidupan liar dan orang awam.

“Orang ramai disarankan supaya lebih berwaspada jika terserempak  dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan haiwan terbabit boleh disalurkan kepada PERHILITAN menerusi hotline 1-800-88- 5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my,” katanya. – Getaran, 13 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia