web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jumlah SOP Dikurang Kepada 10 - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 2:53PM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah prosedur operasi standard (SOP) membabitkan hal pengurusan dan pematuhan tatalaku ketika pandemik COVID-19 akan dikurangkan kepada 10 dua atau tiga minggu lagi, berbanding 181 ketika ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perkara berkenaan dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Berikan saya sedikit masa,” katanya tanpa mengulas lanjut atau memberi sebarang perincian berhubung agenda tersebut.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan semua kelonggaran yang akan diberikan susulan pengurangan SOP itu.

“Kita telah bersetuju secara prinsip mengenai kelonggaran tersebut dan telah bersetuju supaya ia diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat ini,” katanya.

Beliau memberitahu, barisan menteri yang hadir ke mesyuarat tersebut bakal membincangkan beberapa agenda yang membabitkan pengurusan pandemik, termasuk penilaian terhadap kelonggaran SOP diberikan sebelum ini.

“Kami juga membincangkan tentang perincian SOP baru yang akan diumumkan, potensi bagi pembukaan lebih banyak sektor seperti apa yang dilakukan di Langkawi (gelembung perlancongan). Ini penting kerana Langkawi adalah projek perintis

“Pemantauan terhadap pematuhan SOP bagi sektor pembuatan dan pembinaan juga kami bincangkan sebentar tadi. Menteri Kewangan (Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz) akan merintis perkara ini,” katanya.

Kelonggaran itu jelas Hishammuddin, perlu dihargai oleh pihak berkaitan dengan sebaiknya.

“Kelonggaran yang diberikan kepada mereka (sektor pembinaan dan pembuatan) perlu dibalas dengan disiplin,” katanya. – Getaran, 14 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia