web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Lelaki Dalam Keadaan Berulat Dijumpai Di Jalan Serting Hilir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 7:57AM

Mangsa dijumpai bersama motosikal jenis Yamaha Lagenda oleh seorang wanita. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEMPOL - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dengan keadaan mayatnya kembung dan berulat di tebing sedalam 7.4 meter dari bahu jalan di Jalan Serting Hilir di sini semalam.  

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata mayat Sylvester Paren Joseph, 26, dijumpai bersama motosikal jenis Yamaha Lagenda oleh seorang wanita pada 2.30 petang semalam dan memaklumkan kepada polis.

 “Mangsa (Sylvester) dipercayai meninggal dunia sejak seminggu lepas berdasarkan keadaan mayatnya itu. Siasatan awal mempercayai mangsa terbabit kemalangan ketika hendak pulang ke rumahnya di Serting Hilir.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai terbabas ke kiri jalan lalu jatuh ke tebing itu,” katanya dalam kenyataan semalam.

Chang Hook berkata tarikh dan masa sebenar kemalangan tidak dapat dipastikan namun kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira seminggu lepas.

Beliau berkata tiada unsur jenayah ditemukan setakat ini dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk bedah siasat.

Dalam kejadian lain, Chang Hook berkata seorang penghantar makanan Foodpanda, Muhammad Haziq Muhammad Hidhir, 19, maut selepas motosikal jenis Yamaha ditungganginya dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Unser dalam nahas di Bahau, di sini kira-kira 6 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati apabila mangsa (Muhammad Haziq) tiba di tempat kejadian, tiba-tiba datang sebuah kereta dari arah bertentangan membelok masuk ke simpang sebelah kiri motosikal itu,” katanya.

Chang Hook berkata kemalangan menyebabkan Muhammad Haziq cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta iaitu seorang lelaki berusia 72 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat Muhammad Haziq turut dibawa ke hospital sama untuk bedah siasat dan kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia