web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pahang Tarik Semula Gelaran Datuk Sri Sanjeevan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2021 9:17PM

Datuk R Sri Sanjeevan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Anugerah Darjah Kebesaran Negeri Pahang diberikan kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan ditarik semula dan dibatalkan serta merta.

Setiausaha Kerajaan negeri merangkap Pendaftar Darjah, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan titah Yang di Pertuan Agong selaku Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, surat penarikan anugerah itu terhadap Sri Sanjeevan berkuat kuasa 24 Ogos lalu.

“Penama ini tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang,” katanya hari ini.

Selain mengetuai MyWatch, Sanjeevan juga adalah Ketua Pemuda Negara Negeri Sembilan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa mempunyai kaitan dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali.

Sebelum ini, Pertubuhan Pembangunan dan Kebajikan Masyarakat Batu Kuala Lumpur (PEMBAKTI) membuat laporan polis terhadap Sanjeevan kerana mendakwa beliau masih menggunakan gelaran Datuk Seri walaupun sudah darjah kebesaran tersebut sudah ditarik semula oleh kerajaan Pahang. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Semakin Mendebarkan, Datuk, Nenek Zayn Rayyan Pula Ditahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia