web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kedai Fotografi, Barangan Terpakai, Kedai Bunga Di Negeri Fasa Satu PPN Dibenar Beroperasi 17 Sept - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 9:35PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kedai barang fotografi, kedai barangan terpakai, kedai bunga atau nurseri, kedai kraf tangan dan cenderahati dibenarkan beroperasi di negeri Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Jumaat ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang memberi kelonggaran bagi sektor pekerjaan/ekonomi.

Beliau berkata turut dibenarkan beroperasi adalah kedai antik, kedai alat permainan, kedai permaidani dan kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif, kedai kegiatan luar termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain, kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi dan kedai tembakau termasuk vape atau rokok elektronik.

“Jenis perniagaan berikut dibenarkan kembali beroperasi dengan syarat vaksin yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Selain itu, beliau berkata mesyuarat turut bersetuju untuk membenarkan pembekalan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pergerakan dari tenemen mineral kuari atau tapak pengorekan ke premis atau tapak projek pembinaan infrastruktur awam yang utama dan kerja-kerja pembinaan bangunan serta premis industri/perkhidmatan perlu.

“Penjagaan dan penyelenggaraan di atas tenemen mineral, kuari dan tapak pengorekan serta di premis lesen mineral dan lesen memproses mineral dibenarkan bagi tujuan keselamatan untuk mengelakkan risiko kemalangan.

“Pengoperasian tenemen, mineral dan tapak pengorekan bagi tujuan penghasilan mineral dan bahan batuan termasuk pasir serta pengeksportan mineral dan bahan batuan termasuk pasir sungai ke luar negara dibenarkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata selain itu, perladangan berasaskan kayu dan kenaf turut dibenarkan di bawah fasa sama.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata bagi negeri Fasa Dua PPN, semua pejabat swasta dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus sekiranya 80 peratus pekerja telah lengkap vaksin manakala  kapasiti 80 peratus bagi 60 peratus pekerja telah lengkap vaksin dan kapasiti 60 peratus sekiranya 40 peratus pekerja lengkap vaksin.

Selain itu, turut dibenarkan beroperasi adalah kilang perabot manakala kapasiti kenderaan pekerja 100 peratus juga dibenarkan bagi penumpang lengkap vaksin.

Perdana Menteri turut mengumumkan kebenaran beroperasi bagi aktiviti sektor pengurusan perhutanan di negeri Fasa Dua dan Tiga PPN.

Ia merangkumi pengusahasilan hutan (pembalakan dan hasil hutan bukan kayu); perladangan hutan dalam hutan simpan kekal (HSK) dan pembangunan hutan di bawah Projek Pembangunan Hutan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Selain itu, mesyuarat secara bersemuka turut dibenarkan kepada individu yang telah lengkap vaksin di negeri Fasa Dua, Tiga dan Empat PPN. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Refleksi 2 bulan yang lalu

Tip Mencari Pekerjaan Di Zaman Serba Mencabar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia