web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tolak Vaksin, Tak Lengkap Dos Dilarang Mengajar Secara Bersemuka - Mufti

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:01PM

Abdul Halim Tawil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Semua guru agama, takmir dan pengkuliah yang belum menerima atau melengkapkan vaksin COVID-19 masing-masing tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di masjid atau surau negeri ini.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, tiada sebab untuk guru-guru agama ini tertinggal daripada menerima semua dos berkenaan kerana kerajaan negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sudah mengambil beberapa inisiatif termasuk kebenaran untuk hadir secara terus ke semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Menurut beliau, semua guru-guru yang hadir untuk mengajar secara fizikal di masjid atau surau perlu membuktikan mereka sudah lengkap divaksin dengan menunjukkan aplikasi MySejahtera.

"Ketetapan ini dimuktamadkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 minggu lalu yang tidak membenarkan golongan terbabit mengajar secara bersemuka.

"Kita mensyaratkan kepada pengerusi masjid serta surau untuk menyemak rekod vaksinasi di MySejahtera kecuali mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Abdul Halim berkata, terdapat 1,300 guru agama dengan 600 daripadanya aktif mengajar di bawah Jabatan Mufti.

"Kita bimbang jika golongan ini memberi pengaruh dan kesan kepada anak murid dalam kelas memandangkan mereka menjadi contoh.

"Bagaimanapun setakat ini belum ada laporan diterima membabitkan golongan agamawan di Melaka yang enggan divaksin namun kita akan terus memantau dari semasa ke semasa," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, ketetapan lengkap suntikan vaksin juga turut terpakai buat jawatankuasa masjid dan surau mencakupi imam, bilal dan noja termasuk guru di sekolah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

"Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira kepentingan dan keselamatan semua pihak," katanya. – Getaran, 16 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Langgar Disiplin Perlu Dikecualikan Kenaikan Pangkat Secara 'Time Based' – PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia