web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kayuhan Basikal Bapa Iringi Sambutan Hari Lahir Anak Istimewa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 8:23AM

Mohd Azlan meraikan hari lahir anaknya Mohd Azmin yang menghidap autism dan ADHD dengan berbasikal sekitar Tawau sambil mengibar Jalur Gemilang dan bendera negeri Sabah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai tidak menghalang seorang guru sekolah rendah melakukan kayuhan Hari Malaysia sejauh 14 kilometer, di sini, semalam.

Lebih menarik lagi, Mohd Azlan Sapow Abdullah, 49, membonceng anaknya Mohd Azmin Mohd Azlan, 25, yang turut meraikan hari lahirnya pada setiap 16 September.

"Ini kali pertama saya meraikan hari lahir Mohd Azmin di luar dengan aktiviti berbasikal.

"Kebetulan juga sambutan Hari Malaysia, maka saya mengambil kesempatan berbasikal dari rumah di Taman Ria ke bandar Tawau sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan Sabah," katanya kepada Getaran.

 Mohd Azlan Sapow Abdullah
Mohd Azlan Sapow Abdullah

Tambah guru Sekolah Kebangsaan Taman Tawau itu, dia mula merancang aktiviti ini sejak beberapa bulan lalu dengan menempah basikal khas roda tiga secara dalam talian.

"Anak saya ini istimewa kerana menghidap autism dan Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

"Justeru, saya perlu menempah basikal roda tiga lengkap dengan kerusi penumpang khusus untuk membonceng Mohd Azmin," katanya.

Tambah Mohd Azlan, dia memperuntukkan sekitar RM900 termasuk membeli pakaian, pelitup muka dan bendera bagi disesuaikan dengan sambutan Hari Malaysia.

"Alhamdulillah, Mohd Azmin seronok melihat dunia luar dan tidak banyak ragam.

"Malah orang ramai turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada kami sepanjang mengayuh tadi," katanya.

Bagi ayah kepada tiga anak ini, kayuhan tersebut bukan sahaja untuk meraikan hari lahir Mohd Azmin, tetapi bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan kesedaran umum mengenai anak autism serta ADHD.

"Sudah dua tahun pergerakan kita terhad akibat pandemik COVID-19, namun, ia bukan halangan untuk kita menyemarakkan Hari Malaysia dengan cara tersendiri di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan," katanya. – Getaran, 17 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia