web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hakisan Tebing Sungai Cetus Kebimbangan, Nyawa Penduduk Di Ambang Bahaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2021 1:36PM

Keadaan hakisan tebing berhampiran Sungai Mas ini membimbangkan penduduk kerana ia boleh mengancam keselamatan mereka.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN- Hakisan tebing berhampiran Sungai Mas, dekat pekan Sungai Lembing, di sini semakin parah, sehingga menimbulkan rasa bimbang kira-kira 600 penduduk perkampungan Orang Asli berhampiran. 

Penduduk mendakwa, hakisan tebing sejauh 100 meter itu berpotensi mengancam keselamatan mereka berikutan laluan utama di kampung berkenaan semakin sempit dengan struktur tanah yang kurang stabil. 

Hakisan tebing sungai juga mengakibatkan jalan yang menjadi laluan utama penduduk bersebelahan sungai berpotensi mendatangkan bahaya kepada pengguna, terutama pada waktu malam. 

Difahamkan jalan itu digunakan sebagai laluan utama menuju ke Empangan Chereh, di sini, selain ke ladang berhampiran untuk mencari hasil hutan serta memancing. 

Tok Batin kampung terbabit, Deli Ramli Lam, 58, berkata, masalah hakisan semakin kritikal selepas musim tengkujuh tahun lalu yang menyaksikan kawasan terbabit dilimpahi air. 

“Kalau ikutkan jarak tanah yang hilang akibat hakisan ialah antara 40 hingga 50 meter sejak 10 tahun lalu. Tapi kini ia sudah menghakis jalan yang kita gunakan sebagai laluan utama.

“Masalah hakisan ini juga mengakibatkan tebing sungai semakin tinggi iaitu antara 10 hingga 15 meter dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan terbabit,” katanya ketika ditemui di sini. 

Hakisan tebing berhampiran Sungai Mas, dekat pekan Sungai Lembing, semakin parah dan membahayakan.
Hakisan tebing berhampiran Sungai Mas, dekat pekan Sungai Lembing, semakin parah dan membahayakan.

Beliau berkata, lebih 100 penduduk menggunakan laluan itu setiap hari untuk bekerja di empangan dan ladang, selain mereka yang keluar mencari hasil hutan. 

Ujarnya, selain penduduk, orang luar juga menggunakan jalan berkenaan kerana Sungai Mas menjadi antara lokasi tumpuan untuk berkelah dan beriadah pada hujung minggu serta cuti umum. 

“Setakat ini, belum ada kemalangan berlaku di sini, tapi kita harap pihak berwajib dapat mencari jalan penyelesaian segera sebelum berlaku perkara tidak diingini,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Mas, Abu Adin, 65, berkata, aduan mengenai masalah hakisan sudah dimaklumkan pihak berkuasa, termasuk pejabat wakil rakyat. 

"Saya diberitahu Ahli Parlimen (Paya Besar), Mohd Shahar Abdullah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md Sohaimi Md Shah dan pelbagai agensi sudah datang dan melihat sendiri masalah yang sedang kita hadapi," katanya sambil meminta penyelesaian segera dilakukan sebelum penduduk terputus hubungan jika laluan itu runtuh sepenuhnya. - Getaran, 17 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

4

Gaya 6 bulan yang lalu

Jualan Baju Raya Dalam Talian Tidak Jejas Tukang Jahit Orang Asli

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia