web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Gaji Pendatang Asing Tanpa Izin, 2 Majikan Didenda RM15,000

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Feb 2021 4:42PM

Goh (dua dari kanan) mengaku salah menggaji PATI di Tawau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU: Dua majikan sebuah restoran masing-masing didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menggaji tiga pendatang asing tanpa izin (PATI).

Chin Kwang Vui, 49, dan Goh You Chai, 61, didakwa melakukan kesalahan itu pada 17 Ogos 2019, jam 11.40 pagi di Weijiabao Noodle House, Kubota Sentral, Jalan Kubota, di sini.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa bersama-sama membenarkan Jessica Samuel, 21, Margareta Sanoa, 36, dan Felixander Subida, 30, berada serta bekerja dalam premis mereka.

Sehubungan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 55E(1) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 55E(2) akta yang sama.

Akta berkenaan memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM30,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-dua sekali.

Mereka yang merayu hukuman lebih ringan kemudian diperintahkan oleh Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud untuk membayar denda berjumlah RM15,000 atau berdepan hukuman penjara selama tiga bulan bagi setiap pekerja, jika gagal berbuat demikian.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pilin Kenry manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Getaran, 22 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 6 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris