web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Johor Kecewa, KDN Enggan Semak Syarat Ketat MM2H

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2021 8:55PM

Sultan Ibrahim Iskandar - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menzahirkan kekecewaan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana enggan menyemak semula semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang ditetapkan baru-baru ini.

Baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi bertitah akan membangkitkan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara peribadi dalam tempoh terdekat.

Baginda bertitah ia memandangkan Johor merupakan antara destinasi popular MM2H selain program itu turut menyumbang kepada pendapatan negeri. 

Menurut baginda, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan akan menyemak semula syarat ketat program terbabit.

“Bagaimanapun, apa yang kita dengar di Parlimen hanyalah janji untuk mempertimbangkan permohonan peserta MM2H berdasarkan kes demi kes yang mana (perkara) ini adalah di luar jangkaan dan sesuatu yang mengecewakan.

“Sekiranya keselamatan adalah justifikasi utama untuk kriteria baharu, maka pihak kementerian (KDN) hanya perlu membatalkan visa pemegang pas MM2H yang didapati melakukan kesalahan dan bukannya melibatkan semua peserta,” titah baginda.

Sultan Ibrahim pada masa sama bertitah keputusan berkenaan hanya akan membawa implikasi negatif memandangkan program MM2H sebelum ini memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

“MM2H merupakan satu program yang memberi kesan baik kepada ekonomi negara termasuk rakyat dan kerajaan. Oleh itu, jika kita mengenakan syarat ketat hingga memberi kesan kepada peserta, dikhuatiri kelak akan menjejaskan imej negara di mata dunia. 

“Justeru, saya berharap agar perkara ini akan mendapat perhatian dan pertimbangan daripada kerajaan tanpa membuat keputusan drastik terhadap program ini,” tegas baginda. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia