web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Warga Emas Pandu Kereta Lawan Arus Di Shah Alam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 8:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang warga emas lelaki ditahan polis selepas didapati memandu secara melawan arus di Persiaran Tun Teja pada kira-kira 1 tengah hari semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ramsay Embol berkata siasatan awal mendapati lelaki yang berumur 74 tahun itu memandu kenderaan jenis Toyota Prius dari arah Plaza Tol Alam Impian menuju ke Jalan Batu Empat, Shah Alam.

“Pemandu itu telah tersalah masuk laluan bertentangan di bulatan pertama selepas Plaza Tol Alam Impian dan keluar di bulatan kedua di Persiaran Tun Teja, tiada kemalangan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ramsay, warga emas itu ditahan untuk siasatan lanjut dan hasil saringan awal ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam Inspektor Mohd Zulkifli Razak di talian 0194475767. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Warga Asing Maut, Kereta Rempuh ‘Water Barrier’

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Dah Tahu Bahaya Pun Masih Ada Lagi Yang Melawan Arus...

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia