web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bau Busuk Bongkar Penemuan Mayat Bayi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 6:41PM

Mayat bayi malang terbabit dijumpai oleh orang awam di dalam tong kitar semula di Bandar Seri Putra.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tak berhati perut!

Itulah ungkapan paling sesuai diberikan terhadap individu yang bertanggungjawab meninggalkan mayat bayinya dalam tong kitar semula di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra, Bangi, semalam.

Mayat bayi malang terbabit dijumpai oleh orang awam di dalam tong berkenaan kira-kira jam 4.41 petang sebelum penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pekerja syarikat kitar semula yang menemui mayat bayi berkenaan.

“Siasatan awal mendapati pekerja terbabit sedang mengumpul barang kitar semula ketika menemui bungkusan plastik berkenaan.

“Bungkusan berbau busuk itu kemudian dibuka, dan ia membawa kepada penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain,” katanya.

Mohd Zaid berkata, mayat bayi dianggarkan seberat antara dua hingga tiga kilogram itu dipercayai sudah meninggal dunia kurang daripada 36 jam.

“Mayat bayi berkenaan yang masih tidak dipastikan jantinanya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat secara sulit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Suresh di talian 017-4333795 atau mana-mana balai polis berhampiran. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Mayat Bayi Dalam Tong Sanitasi, Pelaku Tinggal Nota Minta Maaf

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mangsa Kedua Tergelincir Longkang Ditemui Lemas

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Runtuh: Mayat Mangsa Terakhir Ditemui

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bayi Bertali Pusat Ditinggal Di Rak Kasut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia