web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: Mayat Mangsa Terakhir Ditemui

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2022 5:37PM

Mayat mangsa diusung masuk ke kenderaan untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa terakhir kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali ditemukan petang ini.

Mayat kanak-kanak lelaki itu ditemui pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan pasukan penyelamat di sektor A, iaitu kawasan hill view di tapak perkhemahan terbabit.

Penemuan mangsa disahkan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, namun maklumat lanjut akan diberikan pada sidang media yang dijadualkan pada jam 6.30 petang ini.

Bagaimanapun, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi satu ciapan berkata, mangsa ditemui sekitar jam 4.53 petang.

“(Jumlah) Mangsa meninggal dunia 31 orang. Semua mangsa sudah ditemui,” menurut ciapan itu.

Menurut JBPM, mangsa ditemui sekitar jam 4.53 petang tadi - Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Menurut JBPM, mangsa ditemui sekitar jam 4.53 petang tadi - Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Susulan penemuan mayat terakhir itu, operasi SAR yang diadakan sejak 16 Disember lalu akan ditamatkan dalam tempoh terdekat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi Jumaat minggu lalu itu, tapak perkhemahan terbabit ditimbus tanah runtuh dengan ketinggian runtuhan dianggarkan 30 meter dan keluasan runtuhan lapan ekar (3.2 hektar).

Runtuhan tanah itu memusnahkan tiga tapak perkhemahan di Father's Organic Farm iaitu di River Side Campsite, Farm View Campsite dan Hilltop Campsite.

Daripada 92 mangsa yang dilaporkan terbabit dalam kejadian itu, 78 adalah pengunjung tapak perkhemahan, manakala 14 lagi adalah pekerja ladang.

Seramai 61 mangsa selamat, manakala 31 disahkan meninggal dunia dan semuanya pengunjung tapak perkhemahan terbabit.

Mangsa maut terdiri daripada 14 wanita dewasa, empat kanak-kanak perempuan dan masing-masing enam lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki. - Getaran, 24 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia