web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Kedua Tergelincir Longkang Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2023 8:46PM

Mayat mangsa ditemui pasukan pencari dan penyelamat kira-kira jam 5.10 petang tadi - Gambar ihsan Bomba Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nasib seorang budak lelaki berusia 10 tahun yang hilang dibawa arus deras sejak Sabtu lalu berakhir dengan tragedi, apabila mayatnya ditemui di bawah timbunan sampah kira-kira 400 meter dari lokasi sebenar kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mayat mangsa ditemui pasukan pencari dan penyelamat kira-kira jam 5.10 petang tadi.

“Mayat mangsa kedua yang hanyut telah pun dijumpai jam 5.10 petang tadi. Pasukan operasi ditugaskan untuk membawa keluar mayatnya.

“Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui di bawah timbunan sampah kira-kira 400 meter dari lokasi sebenar mangsa dihanyutnya,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang Sabtu lalu itu, kedua-dua mangsa yang berusia lapan dan 10 tahun dilaporkan hilang, disyaki dibawa arus deras selepas tergelincir di longkang berhadapan Apartment Sri Puteri, Jalan Ukay Perdana, Dataran Ukay. 

Norazam berkata, kedua-dua kanak-kanak tersebut dipercayai dibawa arus menghala ke anak sungai Kemensah.

“Berdasarkan maklumat, seramai 18 pegawai dan anggota bomba termasuk lapan pasukan skuba JBPM Selangor digegaskan ke lokasi untuk mengaktifkan SAR (operasi mencari dan menyelamat).

“Pada jam 6.30 petang (Sabtu) pasukan bertugas menjumpai satu mayat kanak-kanak berusia lapan tahun pada jarak 200 meter dari kawasan mangsa dilaporkan tergelincir,” katanya.

Norazam berkata, kanak-kanak tersebut dipercayai bermain air di longkang berkenaan sebelum tergelincir dan dibawa arus deras akibat hujan lebat ketika kejadian.

“Longkang tersebut dianggarkan berkedalaman melebihi satu meter dan ia bersambung dengan kawasan anak sungai di Kemensah,” katanya. - Getaran, 13 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia