web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara, Sultan Ibrahim Sokong Keputusan Mahkamah Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 8:24PM

Sultan Ibrahim menitahkan peguam negara untuk membatalkan notis rayuan yang difailkan oleh kerajaan Persekutuan. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Walaupun keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status kerakyatan anak warga Malaysia yang dilahirkan di luar negara dipertikaikan kerajaan Persekutuan, ia nyata menerima sokongan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Baginda turut menitahkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk membatalkan pada kadar notis rayuan yang difailkan itu kerana beranggapan ia adalah diskriminasi terhadap mereka yang berhak.

“Kesucian mahkamah mesti dipelihara. Mengapa ibu warga Malaysia yang melahirkan di luar negara perlu alami diskriminasi?

“Ini adalah hak asasi setiap anak yang dilahirkan, tidak kira ibu atau bapanya adalah warga Malaysia.

“Ada sesuatu yang tidak kena apabila pihak bapa dan ibu dipandang secara berbeza daripada sudut undang-undang dalam soal berkaitan kerakyatan anak mereka.

“Adakah ibu dan bapa ini mempunyai taraf kerakyatan Malaysia yang berbeza?,” titah baginda menerusi Facebook rasmi, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. 

Pada 9 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa anak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia di luar negara secara automatik akan diberikan kerakyatan Malaysia, namun kerajaan Persekutuan bertindak memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan itu. 

Sultan Ibrahim bertitah, semua anak rakyat Malaysia yang dilahirkan di luar negara mesti diberikan hak kerakyatan negara ini.

Titah baginda, adalah tidak wajar bagi kerajaan menolak kerakyatan kepada mereka yang berhak, apatah lagi Malaysia kini berdepan masalah serius iaitu kehilangan orang muda yang berbakat dan berkelayakan.

“Inilah masanya untuk menerima mereka dan menerapkan semangat Malaysia dalam diri mereka, bukannya menolak dan menghalau mereka. Dasar seperti ini adalah tidak betul,” titah baginda. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 2 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia