web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pulau Perhentian Kembali Dibuka Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 8:37PM

Pulau Perhentian bebas daripada jangkitan COVID-19. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BESUT - Pulau Perhentian yang ditutup kerana penularan kes COVID-19 pada bulan lepas akan dibuka operasi pelancongannya secara rasmi berkuat kuasa esok.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Resort dan Pelancongan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah berkata, keputusan itu dicapai selepas pulau tersebut bebas daripada jangkitan COVID-19.

Menurut beliau, semua penggiat pelancongan dan penduduk juga sudah melengkapkan dos vaksin masing-masing.

“Walaupun esok dibuka secara rasmi, namun sebenarnya hari ini sudah ada memulakan perniagaan.

“Semua penggiat pelancongan dan penduduk juga sudah divaksin, cuma sekarang kita minta diberi juga bagi remaja berusia umur 18 tahun ke bawah, tetapi (perkara) itu perlu dibincangkan bersama penduduk sama ada setuju atau tidak,” katanya.

Tindakan itu jelas Abdul Aziz lagi, adalah demi kebaikan semua pihak, khususnya komuniti setempat kerana pulau terbabit sering menjadi tumpuan pelancong, termasuk dari luar negara.

Beliau berkata, pembukaan secara rasmi operasi Pulau Perhentian esok adalah satu kelegaan kepada pemain industri dan penduduk yang sekian lama berdepan kehilangan sumber pendapatan.

“Orang ramai tidak perlu bimbang untuk berkunjung kerana pengusaha, pemain industri sentiasa mengutamakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat demi menjamin keselamatan pelancong,” katanya, memberi jaminan.

Pada masa sama Abdul Aziz turut melahirkan harapan kerajaan selepas ini memberi kelonggaran untuk semua rakyat Malaysia yang sudah melengkapkan dos vaksin melancong ke Terengganu.

“Memang kita berharap sangat, tambahan lagi Pulau Perhentian memang bergantung dengan pelancong luar terutama dari Kelantan kerana kedudukan yang bersempadan dengan negeri itu.

“Kerajaan negeri pun ada juga membuat permohonan, tapi itu semua bergantung kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sudah tentu memerlukan masa kerana banyak aspek harus dipertimbangkan dulu,” katanya.

Operasi Pulau Perhentian ditutup bermula bulan lalu susulan penularan 75 kes Covid-19 di lokasi peranginan itu.

Pemberian suntikan kedua kepada penduduk dan penggiat pelancongan di pulau berkenaan terpaksa ditangguhkan bagi membolehkan keadaan pulih seperti sedia kala. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia