web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Ibrahim Bangga Kejayaan 2 Anak Johor Di Persada Antarabangsa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 8:22AM

Ronnie tiba di tayangan perdana dunia filem ‘Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings’ di teater El Capitan di Hollywood, California pada 16 Ogos. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan dua anak kelahiran negeri tersebut iaitu penyanyi dan penulis lirik Gin Lee serta pelawak yang juga pelakon Ronny Chieng kerana menempa nama di persada antarabangsa.

“Terima kasih kerana mengharumkan nama Johor. Saya percaya Johor mempunyai banyak bakat terpendam yang masih belum dicungkil.

“Jadikan kejayaan mereka sebagai contoh dan inspirasi kepada rakyat Johor. Saya berharap mereka terus kekal meletakkan nama Johor di mata dunia,” titah Sultan Ibrahim dalam hantaran di laman Facebook rasmi baginda hari ini.

Baginda bertitah Chieng yang sebelum ini membintangi filem ‘Crazy Rich Asians’ bersama pelakon popular Malaysia, Henry Goulding kini muncul dalam filem keluaran Marvel, ‘Shang Chi and The Legend of The Ten Rings’ yang akan ditayangkan di negara ini pada bulan depan.

“Beliau bermula sebagai pelawak terkenal sejak zaman universiti, di mana Chieng tampil bersama Trevor Noah pada tahun 2013. Kerjayanya diteruskan sebagai wartawan senior di ‘The Daily Show’ yang juga dihoskan oleh Noah.

“Beliau jelas tidak melupakan asal usul apabila menunjukkan pasport Malaysia dan fasih bertutur bahasa Melayu dengan mengatakan ‘Johor Bahru kampung saya. Saya anak Malaysia’ dalam sebuah video promo filem ‘Shang Chi’ sempena Hari Malaysia selain menggunakan perkataan ‘lah’ dan ‘meh’ dalam pertuturan harian,” titah baginda.

Titah baginda, manakala Lee baru-baru ini telah berganding di atas satu pentas bersama penyanyi popular Hong Kong, Jacky Cheung dengan membawakan lagu duet ‘Let the Street Lights Rest When the Sun Rises’ di acara Miss Hong Kong 2021.

“Lee mengeluarkan album sulungnya berjudul ‘One & Only’ pada 29 Dis 2009 selepas menjuarai pertandingan menulis lagu ‘Malaysia's Universal Music’. Dua tahun kemudian, Gin Lee yang berhijrah ke Hong Kong mula dikenali sebagai penyanyi Cantopop selepas menguasai bahasa Kantonis.

“Beliau juga menghasilkan beberapa buah lagu popular dan sebuah album berjudul ‘beGin’. Mewakili Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), album tersebut juga menjadikan beliau sebagai Penyanyi Wanita Terbaik pada tahun 2020 di acara AIM Chinese Music Awards,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Berkenan Rasmi Hari Landskap Negara 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia