web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


164 Notis Semakan Harga Ayam Dikeluarkan Di Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Sep 2021 4:24PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah mengeluarkan 164 notis semakan harga kepada pemilik premis dan peniaga ayam di seluruh negara sehingga semalam.

Notis itu dikeluarkan selepas pihaknya mendapati harga runcit ayam segar mencecah RM11.50 bagi setiap kilogram (kg) minggu lalu.

Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan) KPDNHEP, Azman Adam berkata, serahan notis tersebut dibuat pegawai dan anggota penguat kuasa kementerian ketika melakukan operasi pemantauan harga sejak awal bulan ini, selepas menerima laporan daripada pengguna mengenai kenaikan terlalu tinggi harga ayam yang dijual di pasar raya dan pasar pagi.

“Semua pemilik premis dan peniaga yang menerima notis itu memberi kerjasama baik dan kebanyakannya sudah mula menurunkan harga runcit ayam di bawah RM10 mulai semalam.

“Pihak KPDNHEP akan terus mengadakan sesi libat urus membabitkan pelbagai pihak yang mempunyai kaitan dengan (penetapan) harga ayam, ini termasuklah peringkat peladang, pemborong dan juga peniaga runcit bagi memastikan usaha untuk menstabilkan semula harga ayam dapat dilakukan tidak lama lagi,” katanya kepada media selepas melakukan pemeriksaan harga ayam di pasar raya dekat Temerloh, petang semalam.

Azman turut mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil peluang untuk mengaut keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna.

“Kita tidak ada masalah kalau mereka (peniaga) ingin mengambil untung, cuma kena ikut peraturan ditetapkan dan janganlah sampai menyulitkan pengguna.

“Pemeriksaan seperti ini akan diteruskan bagi memastikan hak semua pihak terjamin, peniaga pun boleh dapat untung dan pengguna juga boleh membeli tanpa rasa terbeban,” katanya.

Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan) KPDNHEP, Azman Adam (kiri) melakukan pemantauan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di sebuah farmasi di Temerloh, petang semalam.
Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan) KPDNHEP, Azman Adam (kiri) melakukan pemantauan penjualan kit ujian kendiri COVID-19 di sebuah farmasi di Temerloh, petang semalam.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai isu harga kit ujian kendiri COVID-19 yang sudah mula dijual di farmasi sejak awal bulan ini, Azman berkata, pihaknya sudah melakukan kira-kira 2,000 pemeriksaan sejak 5 September lalu untuk memastikan peniaga menjual kit itu pada harga ditetapkan kerajaan.

“Berdasarkan pemeriksaan yang kita lakukan, sebanyak 199 premis atau farmasi didapati menjual kit ujian kendiri COVID-19 di bawah harga ditetapkan kerajaan dan ini adalah satu petanda yang baik kerana mereka memahami keperluan kit ini memandangkan jumlah kes (positif) COVID-19 masih tinggi di negara kita.

“Jumlah atau stok kit ujian kendiri juga dijamin mencukupi, dan buat masa ini, terdapat 5.34 juta kit ujian pantas berada di pasaran, jadi tidak ada masalah bekalan,” katanya.

Jelas Azman, kementerian juga dimaklumkan bahawa 18 syarikat sudah menerima kelulusan daripada Kementerian Kesihatan untuk membekalkan atau membawa masuk kit berkenaan untuk pasaran di negara ini.

“Peniaga yang didapati melanggar arahan penjualan kit ujian kendiri melebihi harga ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011,” katanya. - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Pertahan Harga Barangan Keperluan, Jauh Lebih Rendah Berbanding Dulu

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Kerajaan Jamin Tiada Kenaikan Harga Secara Mendadak - Menteri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak 5kg Turun Kepada RM30.90 Bermula Selasa

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia