web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Kes Baharu Menurun Lagi Kepada 14,954 - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 5:19PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia menurun untuk empat hari berturut-turut apabila 14,954 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, Malaysia merekodkan 15,549 kes, berbanding 17,577 kes (Jumaat), 18,815 kes (Khamis) dan 19,495 kes (Rabu).

Dr Noor Hisham menerusi laman Twitter dan Facebook memaklumkan angka kes baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 kini 2,097,830.

Menurut beliau, Sarawak mencatat jumlah kes tertinggi dengan 2,707 kes, diikuti Selangor (2,028), Johor (1,948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259) dan Perak (1,222).

Negeri yang merekodkan kes baharu di bawah 1,000 pula ialah Kedah dengan 809 kes, Pahang (705), Terengganu (671), Kuala Lumpur (383), Melaka (207), Negeri Sembilan (144), Perlis (76) dan Putrajaya (19), manakala tiada kes baharu direkodkan di Labuan.

Sementara itu, menerusi maklumat infografik yang dimuat naik, Dr Noor Hisham memaklumkan kapasiti dan penggunaan katil hospital COVID-19 hingga 5 petang semalam ialah 67 peratus daripada 17,028 katil bagi penggunaan bukan unit rawatan rapi (ICU) manakala bagi katil ICU kes wabak itu ialah 72 peratus daripada 1,611 katil. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia