web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Majikan Perlu Pastikan Pekerja Lengkap Divaksin Sebelum Kembali Bertugas - Khairy

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 7:14PM

Khairy Jamaluddin ketika mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) secara bersama dengan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di Wisma Darul Aman, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kementerian Kesihatan telah mengadakan perbincangan bersama majikan dalam sektor tertentu agar memastikan pekerja mereka mendapatkan suntikan vaksin terlebih dulu, sebelum dibenarkan bekerja.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mengenal pasti tindakan yang boleh diambil terhadap penjawat awam yang enggan divaksinasi.

“Tindakan itu merangkumi mereka yang memilih untuk menolak vaksin atas sebab-sebab lain selain daripada masalah kesihatan.

“Kita akan bincang apa pilihan yang ada dari JPA mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka selaku penjawat awam,” katanya dalam sidang akbar sempena lawatan kerja ke Kedah, hari ini.

Menurut Khairy, ketika ini kebanyakan pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara mulai kosong kerana orang ramai tidak lagi mengunjungi PPV setelah hampir 80 peratus populasi dewasa sudah pun menerima suntikan vaksin.

“Kita dah buat sebaik mungkin dengan buka PPV dan hantar temu janji tetapi majoriti PPV sekarang ini agak kosong. Jadi kita kena jejaki mereka yang masih degil tak nak terima vaksinasi.

“Macam kawasan tertentu di Kedah ini seperti di Baling dan Pendang, kita kena laksanakan program outreach dan pergi ke rumah mereka. Begitu juga dengan golongan tegar anti vaksin ini, kita perlu fokus terhadap mereka,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pemberian suntikan dos ketiga vaksin seperti diumumkan Perdana Menteri hari ini dijangka dilaksanakan bermula Oktober depan.

Begitu pun jelas beliau, setakat ini kerajaan belum memutuskan sama ada dos penggalak itu diperlukan semua pihak kerana segalanya masih di peringkat perbincangan antara pakar.

“Kita utamakan golongan rentan terdiri daripada warga emas memiliki masalah kesihatan kronik serta petugas barisan depan berisiko tinggi contohnya.

“Setakat ini saya sudah minta syarikat pengeluar vaksin terlibat menghantar maklumat lanjut kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebelum penilaian dibuat untuk menentukan sebarang polisi yang akan dilaksanakan di negara ini,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menasihatkan pemilik premis di negara ini supaya memeriksa aplikasi MySejahtera setiap individu dengan terperinci sebelum dibenarkan memasuki premis berkaitan.

“Untuk tempoh seminggu ini, di Kedah saja terdapat 523 kes individu menjalani perintah pengawasan di rumah (HSO) yang melakukan daftar masuk di premis-premis lain. Mereka ini terdiri daripada individu positif COVID-19 atau kontak rapat. 

“Seramai 18 peratus daripada daftar masuk itu dibuat di pasaraya. Itu menunjukkan pengawal atau pemilik premis tidak  memeriksa aplikasi MySejahtera individu berkenaan dengan rapi,” katanya. - Getaran 19 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

3

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad