web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Pegawai Atasan SPRM Ditahan Atas Tuduhan Seleweng Dana - Sumber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 11:28AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terlibat dalam satu lagi kontroversi berikutan penahanan tiga pegawai senior atas tuduhan penyelewengan dana melibatkan sebahagian daripada US$6 juta (RM25 juta) dari dana yang disita milik kerajaan.

Sumber di SPRM memberitahu The Vibes, tiga pegawainya ditahan minggu lalu berkaitan tuduhan pemalsuan wang tunai yang disita dari bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Ab Hamid tiga tahun lalu.

Mengesah laporan dari Edisi Siasat, sumber berkenaan berkata, wang kertas dolar Amerika yang bernilai jutaan itu disita oleh SPRM sebagai bukti dalam tuduhan pecah amanah melibatkan US$12.1 juta yang dikenakan ke atas Hasanah.

Laman portal itu juga melaporkan, tiga pegawai direman oleh SPRM selama enam hari bermula 14 September, tetapi persoalan timbul kenapa perkara ini disiasat sebagai siasatan dalaman dan bukan kes polis.

Edisi Siasat juga mendakwa, sekurang-kurangnya seorang dari pegawai yang ditahan mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, dan menambah dakwaan bahawa suspek terbabit juga mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah.

Laman portal itu juga berkata, satu laporan polis telah dibuat berkenaan perkara itu, tetapi SPRM memilih untuk melancarkan penyiasatan kerana hubungan pesuruhjaya itu dengan suspek.

The Vibes telah menghubungi Azam untuk mengulas lanjut tetapi belum mendapat jawapan pada waktu penerbitan.

Polis pula membuat satu kenyataan pada jam 12.36 pagi yang memaklumkan mereka masih belum menerima apa-apa laporan tentang perkara itu.

“Kami ambil maklum tentang perkara yang tular berkenaan tahanan reman tiga pegawai atasan SPRM selepas dakwaan terlibat dalam kes penyelewengan wang tunai bernilai US$6 juta. Kami mengesahkan yang tiada laporan telah dibuat berkenaan perkara tersebut.”

Bahan bukti tersebut, yang disita oleh SPRM di bawah Ops Dinar 2 di kondominium yang terletak di Cyberjaya pada 2018 itu sepatutnya dipulangkan ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) baru-baru ini.

Bagaimanapun besar daripada wang tunai itu dipulangkan dalam bentuk nota palsu.

Difahamkan juga wang itu sepatutnya dipulangkan kepada Hasanah, yang kemudian diminta untuk membayar balik PMO, tetapi bekas ketua perisikan itu menyedari sebahagian daripada wang tunai itu adalah nota palsu.

“Pegawai yang terlibat telah meminta masa dua minggu untuk memulangkan duit dalam penjagaan mereka, dalam masa itu mereka menukarkan wang itu dengan nota palsu dan memulangkannya,” kata sumber itu tanpa mengulas lanjut tentang tempoh masa untuk memulangkan wang tunai itu. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

SPRM Pertimbang Siasat Kes Serang Pemain Bola Sepak Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Menantu Muhyiddin Akan Didakwa Atas Pertuduhan Pecah Amanah - SPRM

4

Semasa 8 bulan yang lalu

SPRM Rangka 3 Strategi Utama Perangi Rasuah Tahun Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia