web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SPRM Pertimbang Siasat Kes Serang Pemain Bola Sepak Negara

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 3:05PM

Azam Baki mahu memberi masa kepada para pemain yang cedera diserang pulih terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Agensi antirasuah akan menemubual para bintang bola sepak kebangsaan bagi mengesan kegiatan rasuah dan mengatur perlawanan di sebalik serangan jenayah dialami pemain terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata mereka memberi masa untuk para pemain yang cedera diserang tersebut pulih terlebih dahulu sebelum memulakan siasatan tersebut.

“Kami tunggu untuk interbiu Akhyar (Rashid) dan kemudian Faisal (Halim).

“Tunggu dia bertenang sikit, sekarang ini kita nampak masih trauma,” katanya yang menambah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga menyelidik maklumat lain kes itu.

Jelasnya, agensi itu sememangnya menaruh minat dalam kes itu memandangkan serangan itu membabitkan pemain utama pasukan negara.

Beliau yang juga timbalan pengerusi satu jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Malaysia berkata, SPRM dapat memulakan siasatan tanpa memerlukan laporan dalam kes itu.

“Sebab yang kena ini pemain utama Harimau Malaya. Apabila jadi kes ini, memang menjadi perhatian kami.

“Boleh jadi ada orang mahu mereka berunding dengan bookie, atau sama ada mereka terlibat mengatur perlawanan.

“Jadi, Ya. Kami berminat untuk lihat sekiranya ada unsur salah guna di sini,” katanya ketika ditanya dalam satu dialog bersama pengarang portal berita di Putrajaya hari ini.

Selain Akhyar dan Faisal, seorang lagi pemain negara Syafiq Rahim juga menjadi mangsa serangan dengan corak serangan serupa, menurut polis.

Dalam kes pertama pada 2 Mei, Akhyar cedera selepas menjadi mangsa samun dalam kejadian di Terengganu.

Seterusnya pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali sewaktu berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara.

Dua hari kemudian cermin kereta bekas ketua pasukan skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim dipecahkan individu tidak dikenali berhampiran satu pusat di Johor Bahru.

Kes berkenaan turut disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Undang-Undang/Pendakwaan dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. – The Malaysian Insight, 28 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Bakal Tahan 3 Lagi Individu Terlibat Kes 'Kontena Terbang'

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bekas Bintang Bola Sepak Mahu Polis Telus Siasat Kes Serang Pemain

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Najib Cuba Sekat Siasatan 1MDB Oleh SPRM, Kata Saksi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 12 jam yang lalu

Kantin Sekolah Di Batu Pahat Diarah Tutup Selepas 90 Pelajar Keracunan Makanan

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir