web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Najib Cuba Sekat Siasatan 1MDB Oleh SPRM, Kata Saksi

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2024 8:41PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pegawai Penyiasat SPRM Penguasa Kanan Nur Aida Ariffin, 37, berkata Najib mengarahkan beberapa tindakan yang didakwa dilakukan untuk menyekat siasatan agensi antirasuah itu semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) termasuk menutup kes berhubung IMDB.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib semasa perbicaraan bekas Ahli Parlimen Pekan itu berhubung penyelewengan dana IMDB berjumlah RM2.3 bilion.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata Nur Aida tidak mempunyai sebarang bukti untuk menunjukkan Najib mengeluarkan arahan-arahan tersebut.

Muhammad Shafee: Setuju atau tidak semasa siasatan oleh polis dan SPRM (terhadap IMDB) tiada sekatan daripada Najib?

Nur Aida: Untuk SPRM, ada sekatan. Contoh tindakan yang diambil semasa Datuk Seri Najib menjadi PM antaranya menukar Ketua Pesuruhjaya SPRM, membuat tangkapan ke atas pegawai SPRM dan akhir sekali, Tan Sri Mohamed Apandi Ali (bekas Peguam Negara) menutup kes itu walaupun SPRM mengesyorkan tindakan selanjutnya.

Muhammad Shafee: Mari kita lalui ini satu-persatu. Saya akan tunjukkan ini hanyalah tanggapan salah kamu. Kamu katakan arahan untuk Mohamed Apandi tutup kes Tiada Tindakan Lanjut (NFA) datang daripada Najib?

Nur Aida: Berdasarkan nota-nota dirampas daripada Datuk Amhari Efendi Nazaruddin (bekas pegawai khas Najib), ada dokumen iaitu nota percakapan yang disediakan oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) berhubung penutupan kes.

Nur Aida berkata Amhari Efendi semasa disoal siasat memaklumkan nota itu disediakan oleh Jho Low berdasarkan arahan Najib dan perkara yang dinyatakan dalam nota percakapan tersebut akhirnya berlaku.

Bagaimanapun, Muhammad Shafee berkata perkara itu hanyalah andaian Nur Aida semata- mata kerana saksi berkenaan tiada bukti atau keterangan langsung yang membuktikan arahan tersebut adalah daripada Najib.

Muhammad Shafee: Soalan saya, kamu tiada bukti yang mengatakan ini arahan terus daripada Najib.

Nur Aida: Amhari Efendi pegawai khas Datuk Seri Najib. Bagi saya keterangan itu cukup, semua dalam nota itu (yang SPRM rampas daripada Amhari Efendi) dan antara perkara yang dikatakan dalam nota itu adalah pertukaran Ketua Pesuruhjaya selain siasatan kes perlu ditutup.

Muhammad Shafee: Kamu seorang pegawai penyiasat, kamu bercakap seperti berada di kedai kopi.

Nur Aida: Ini bukan kedai kopi Tan Sri, arahan secara langsung memang tidak ada tetapi berdasarkan siasatan secara menyeluruh, perkara itu memang berlaku.

Pada peringkat ini, Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah berkata memandangkan Nur Aida tetap dengan pendiriannya, Muhammad Shafee boleh membangkitkan perkara itu dalam hujahannya nanti.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan bersambung esok. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Bakal Tahan 3 Lagi Individu Terlibat Kes 'Kontena Terbang'

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Bekas Bintang Bola Sepak Mahu Polis Telus Siasat Kes Serang Pemain

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Pertimbang Siasat Kes Serang Pemain Bola Sepak Negara

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan