web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SPRM Bakal Tahan 3 Lagi Individu Terlibat Kes 'Kontena Terbang'

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2024 8:14PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERI ISKANDAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menahan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kontena lari cukai ("kontena terbang") termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang kes terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memohon kerjasama polis Singapura bagi mengesan individu berkenaan.

"Kita akan tahan tiga lagi suspek... ada seorang warganegara Singapura, jika individu itu berada di negara terbabit, kita akan dapatkan kerjasama mereka (polis Singapura), setakat ini tidak ada keperluan melibatkan Interpol," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pertandingan Debat Antirasuah Institusi Pengajian Tinggi Piala KP SPRM 2024 di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di sini hari ini.

Azam mendedahkan antara modus operandi sindiket berkenaan ialah mengikrarkan barangan di dalam kontena sebagai barangan perubatan seperti kerusi roda, namun sebenarnya mengandungi daging babi yang diseludup.

Ditanya sama ada insiden kebakaran 14 kontena di Pelabuhan Barat Pulau Indah semalam ada kena-mengena dengan sindiket itu, Azam berkata setakat ini beliau belum menerima maklumat sama ada ia berkaitan dengan siasatan kes berkenaan.

Khamis lepas, tujuh individu termasuk pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terlibat dalam kes kontena terbang yang bergiat aktif di Pelabuhan Klang, Selangor ditahan dalam Op Transit.

Kesemua yang ditahan itu disyaki bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barangan import di Pelabuhan Klang yang mengakibatkan ketirisan cukai dianggarkan bernilai kira-kira RM3.5 bilion kepada negara.

Hasil operasi yang dijalankan oleh SPRM dan JKDM pada Rabu lepas berjaya menahan 19 kontena yang mengandungi pelbagai barangan import.

Daripada pemeriksaan yang dibuat, sebanyak lima kontena telah dibuka dan mendapati ia mengandungi pelbagai jenis barangan bercukai termasuk lampu diod pemancar cahaya (LED), lampu solar dan tin daging babi yang diproses.

Kesemua tujuh individu itu ditahan direman selama tiga hari bermula Jumaat hingga hari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekas Bintang Bola Sepak Mahu Polis Telus Siasat Kes Serang Pemain

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Pertimbang Siasat Kes Serang Pemain Bola Sepak Negara

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Najib Cuba Sekat Siasatan 1MDB Oleh SPRM, Kata Saksi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kelantan Serah SPRM Siasat Isu Telaga Jejari

Sorotan

1

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

2

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

3

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

4

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

5

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 18 jam yang lalu

Treler Terbabas: 40,000 Liter Susu Getah Tumpah, Jejaskan Kawasan Sawah

oleh Rafisqi Radhi