web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beri Kit Ujian Percuma Untuk Gelandangan, Miskin - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 1:06PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan supaya memberikan kit ujian kendiri COVID-19 secara percuma kepada golongan miskin dan gelandangan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, langkah berkenaan harus dilakukan segera, memandangkan penggunaan kit ujian terbabit sudah menjadi keperluan kepada orang ramai untuk menjalankan saringan.

“Kerajaan harus segera memberikan kit saringan ini secara percuma, terutamanya kepada golongan yang miskin dan melarat.

“Ini memandangkan kit saringan kini sudah menjadi keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Menerusi hantaran sama, Anwar memaklumkan bahawa beliau dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi.

Ujian itu yang dijalankan sebelum sidang Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 Parlimen bermula menunjukkan keputusan negatif.

“Pagi tadi sebelum mula bersidang saya dan @drwanazizah tunaikan tanggungjawab jalani ujian saringan COVID-19.

“Alhamdulillah negatif,” katanya. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 4 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 4 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia