web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tetap 7 November Keputusan Rasuah Bekas Exco Johor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Sep 2021 4:06PM

Abdul Latif Bandi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tanggal 7 November depan, Mahkamah Tinggi di sini akan membuat keputusan sama ada bekas Exco Johor, Datuk Abdul Latif Bandi, anak lelakinya dan seorang perunding hartanah yang didakwa atas 37 pertuduhan rasuah, perlu membela diri atau kekal dibebaskan. 

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujahan barisan pendakwa dan pembela dalam prosiding rayuan kes yang berlangsung selama dua hari. 

Abdul Latif yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri bersama anak lelakinya, Ahmad Fauzan Hatim dan perunding hartanah, Amir Shariffuddin Abd Raub sebelum ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru daripada semua pertuduhan dihadapi.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang dibuat pada 21 April 2019 itu. 

Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Wan Shaharuddin Wan Ladin dalam hujahnya berkata, Mahkamah Sesyen sebelum ini terkhilaf dalam menetapkan keputusan.

Menurut beliau, dalam kes itu pihak pembela iaitu Abdul Latif mengakui ada menerima kesemua wang tersebut yang bernilai RM16 juta.

"Tertuduh memberitahu wang tersebut dipinjamkan Amir Shariffuddin sedangkan menurut pendakwa, ia diperoleh daripada pemaju perumahan yang ingin mendapat pelepasan bumiputera dan Abdul Latif memiliki peranan untuk membuat pelepasan itu.

"Jika diambil kira keadaan kes ini, Abdul Latif bersubahat dengan Amir Shariffuddin dan kami tidak perlu membuktikan beliau ada menerima duit, sebaliknya hanya membuktikan adanya pakatan jenayah antara mereka dan pertolongan daripada Abdul Latif untuk Amir Shariffuddin melakukan perbuatan tersebut,” katanya.

Mahkamah diberitahu, hakim sebelum ini terkhilaf dalam pemahaman undang-undang yang ada dan tidak mempertimbangkan keterangan yang penting dalam alasan penghakiman.

Pada 21 April 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan Abdul Latif, Amir Shariffuddin dan Ahmad Fauzan Hatim daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) membabitkan jumlah melebihi RM30 juta.

Selain Wan Shaharuddin, kumpulan pendakwa turut dibarisi Ahmad Akram Gharib, Mahadi Abdul Jumaat, Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Zander Lim Wai Keong, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Salehuddin Saidin dan Datuk Hasnal Redzua Merican. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia