web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Belum Cukup 14 Hari, Hasrat 2 Wanita Melancong Ke Langkawi Lebur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 10:02PM

2 wanita yang mahu melancong ke Langkawi terpaksa berpatah balik selepas mereka belum cukup melepasi tempoh matang dos kedua vaksin COVID-19.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Meskipun sudah menjejakkan kaki ke Terminal Feri Penumpang Kuah di sini, dua wanita terpaksa berputih mata untuk menikmati keindahan Langkawi apabila mereka diarah berpatah balik ke Kuala Perlis kerana belum cukup melepasi tempoh matang dos kedua vaksin COVID-19.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner (ACP) Shariman Ashari berkata, tindakan itu diambil setelah pihaknya merujuk perkara tersebut kepada pegawai perubatan.

Katanya, kedua-dua wanita yang berusia 32 dan 25 tahun itu tiba bersama-sama ke terminal tersebut kira-kira jam 12 tengah hari dengan menaiki feri dari Kuala Perlis.

"Pemeriksaan di ruang ketibaan penumpang mendapati kedua-dua mereka baru 11 hari menerima dos kedua vaksin COVID-19.

"Ia bermakna mereka masih kurang tiga hari daripada tempoh ditetapkan dan disebabkan itu, mereka diarah berpatah balik ke Kuala Perlis menggunakan feri di Terminal Tanjung Lembung kira-kira pada jam 2 petang," katanya kepada media di sini, hari ini.

Difahamkan kedua-dua mereka berasal dari Pendang, Kedah dan Sabah. 

Shariman menambah, tiada sebarang kompaun dikenakan terhadap kedua-dua pelancong itu.

"Saya ingin menasihatkan supaya mereka yang ingin datang ke Langkawi atau sudah berada di sini supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan MKN bagi mengelakkan sebarang tindakan," katanya. – Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

3

Kisah Kita 3 minggu yang lalu

Dulu Hantar Anak Ke Pejabat Agama, Kini Ibu Ayah Terbuka Hati Peluk Islam

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Umum Projek: ‘Saya Tak Pernah Rugikan Kerajaan 1 Sen Pun’ - MB

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sukan 1 hari yang lalu

China Lebur Impian Malaysia Ke Final Kejohanan Badminton Remaja Asia

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad