web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SOP, PPN Penentu Turun Naik Ekonomi - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 12:42PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemulihan ekonomi negara mampu dicapai jika rakyat terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) pandemik COVID-19 dan kes menunjukkan penurunan.

Pakar Ekonomi di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Profesor Dr Shazali Abu Mansor berkata, ‘turun naik’ sektor ekonomi pada hakikatnya berlandaskan kepada keyakinan pelabur dan kemampuan berbelanja rakyat.

 Dr Shazali Abu Mansor
Dr Shazali Abu Mansor

Menurut beliau, proses vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) walaupun semakin lancar dan mencatatkan perkembangan positif, usaha itu tidak menjamin kestabilan ekonomi sekiranya jumlah kes jangkitan serta kematian masih tinggi.

“Meskipun ramai divaksin, ini tidak semestinya menghilangkan jangkitan serta kematian. Saya tengok pun sekarang kematian semakin tinggi, dan ia menimbulkan tanda tanya, sama ada betul atau tidak dasar kesihatan yang dilaksanakan sekarang.

“Jika semua pihak tidak mematuhi SOP, risiko kes jangkitan dan kematian tinggi. Keadaan ini akan membuatkan masyarakat ragu dan hilang keyakinan untuk melakukan aktiviti luar rumah, seperti ke kedai makan, berbelanja atau melancong, sekali gus menyebabkan ekonomi kembali jatuh,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Shazali berkata, selain pematuhan SOP, ekonomi boleh ditingkatkan menerusi suntikan dana kerajaan kepada golongan tidak berkemampuan, termasuk peniaga.

“Kerajaan kena tengok apa bantuan diperlukan mereka (golongan tidak berkemampuan) yang memerlukan supaya mampu membantu mereka untuk menjana ekonomi diri.

“Mereka ini ada semangat untuk menghasilkan pendapatan dan berniaga tetapi tidak mampu mengusahakannya kerana kekangan kewangan atau keadaan disebabkan situasi sukar dihadapi. Jadi kerajaan kena sokong mereka menerusi suntikan dana,” katanya.

Beliau berkata, sektor itu akan terencat dan memberi implikasi besar kepada negara sekiranya ekonomi tidak pulih dalam tempoh tertentu.

“Situasi ini akan menyebabkan kehilangan pelabur dan pihak yang sanggup berbelanja,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pemulihan ekonomi negara bakal dicapai sebaik peralihan kelonggaran SOP dilaksanakan dari negeri Fasa 1 ke Fasa 2, 3 dan 4 menerusi Pelan Pemulihan Negara (PPN), termasuk kebenaran merentas daerah serta negeri.

Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff
Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff

Jelasnya, berdasarkan indikator sedia ada, usaha pemulihan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan ketika ini, termasuk menjadikan Langkawi sebagai lokasi gelembung perjalanan menyaksikan negara berada di landasan tepat.

Ahmed Razman berkata, menerusi usaha itu, pertumbuhan ekonomi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) turut dijangka menunjukkan perkembangan positif bagi suku tahun ketiga.

“Faktor lain yang memberi keyakinan untuk pemulihan ekonomi kini adalah harga komoditi minyak sawit dan getah kekal tinggi, ringgit kukuh berbanding dolar serta nilai eksport sentiasa positif di peringkat negara,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan diharap tidak terlepas pandang beberapa isu membabitkan keperluan rakyat, khususnya berkaitan usaha memulihkan ekonomi.

“Antara isu perlu diberikan perhatian adalah pengangguran lebih 700,000 orang akibat pandemik dan purata gaji yang kekal rendah pada kadar sembilan peratus.

“Walaupun ekonomi dibuka sepenuhnya nanti, pastikan tidak banyak operasi perniagaan tetap ditutup akibat kekangan kewangan. Setengah peniaga ini akan ambil masa untuk memulihkan keadaan atau meneruskan perniagaan apabila harus membayar pelbagai kos,” katanya.

Pada masa sama, Ahmed Razman berkata, usaha membendung pandemik dan mengembalikan ekonomi negara adalah tanggungjawab semua pihak, termasuk rakyat.

“Di sebalik usaha kerajaan, rakyat kena pastikan mereka menerima vaksin lengkap, kekal mematuhi SOP dan menjalankan perniagaan mengikut peraturan ditetapkan,” katanya. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia