web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembangunan Pinggir Pantai Kuala Nerus Undang Kebimbangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 1:15PM

Pelan pembangunan pinggiran Pantai Kuala Nerus. - Gambar ihsan Greater Terengganu Development

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rancangan pembangunan pinggiran Pantai Kuala Nerus, Kuala Terengganu dikhuatiri mengundang bencana besar khususnya terhadap eko-sistem kehidupan sepanjang pantai negeri itu.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) ketika melahirkan kebimbangan itu berkata, pembangunan pesisir pantai di negeri itu bakal mengundang kesan buruk terhadap landskap Terengganu.

Jurucakap KUASA berkata, pembangunan tidak mampan hanya akan menganggu hidrodinamik ombak di pantai, dan diburukkan oleh Monsun Timur Laut yang saban tahun membadai Terengganu.

“Ia menyebabkan hakisan pantai yang merosakkan landskap bumi Terengganu saban tahun.

“Fenomena Luruan Monsun yang menyebabkan air pasang besar dan obak ganas setinggi empat meter telah menghakis tanah sepanjang 244 kilometer pesisir pantai Terengganu sedikit demi sedikit sejak puluhan tahun lalu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut jurucakap itu, isu hakisan pantai di Terengganu bukan sesuatu yang baharu malah telah membelenggu pesisir pantai negeri berkenaan sejak tahun 1970-an lagi.

“Sebanyak 30 kawasan pantai di negeri berkenaan dikesan terjejas antaranya Pantai Teluk Lipat, Teluk Gadong, Pantai Rhu Rendang, Pantai Rusila, Pantai Rhu Renggeh, Pantai Rhu Dua, Pantai Maras dan Tok Jembal,” katanya.

Katanya lagi, kawasan pesisiran pantai di Semenanjung Malaysia, khususnya di pantai laut terbuka di Pantai Timur kurang sesuai untuk dijalankan penambakan kerana keadaan pantai amat sensitif dengan perubahan guna tanah.

“Nelayan persisir pantai akan terus mengadu apabila kawasan pencarian ikan dan kawasan sekitarnya terjejas akibat daripada penambakan pantai. Selain itu pelbagai pencemaran sampingan akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, menurut Greater Terengganu Development, rancangan projek yang dikenali sebagai Sunrise City Project itu bertujuan untuk meningkatkan ekonomi dan mengurangkan persekitaran yang sesak di Kuala Terengganu.

Ia menerusi penyediaan kemudahan kediaman dan komuniti, kemudahan komersial, perhotelan, pelancongan serta perindustrian berhampiran dengan pusat bandar.

“Ia telah dirancang bertujuan untuk membangunkan kawasan ini dengan membina terusan dan kawasan riadah air, membentuk semula pinggiran laut untuk aktiviti sukan serta perayaan meriah bagi menarik masyarakat tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Antara kemudahan disediakan adalah trek rekreasi untuk jogging/berbasikal, tempat sukan, kolam renang selain kemudahan seperti terminal pelayaran dan produk pelancongan baharu. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia