web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sebabkan Kematian Tahanan, Pegawai AADK Berdepan Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 1:45PM

Md Ilyas Syahmi Ibnu ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Yan, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI - Seorang pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Yan di sini, hari ini bagi berdepan pertuduhan menyebabkan kematian dengan sengaja seorang lelaki, dua bulan lalu.

Tertuduh, Md Ilyas Syahmi Ibnu, 34, hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Anis Suraya Ahmad dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripadanya.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Kamunting, Perak didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Zahari Ayub, 24.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di depan Bangunan Pejabat Penguatkuasaan AADK Kuala Muda, Sungai Petani kira-kira jam 10.40 malam, 18 Julai lalu.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat dan Mohd Farhan Aliff Ahmad mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tertuduh diwakili peguam, Mohd Shafiq Ahmed Bazari dan Nur Elissa Baharudin.

Terdahulu, Mohd Shafiq turut mengemukakan rayuan agar mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin kerana dia perlu menyara isteri dan tiga anak yang masih kecil.

Selain itu menurut peguam berkenaan, tertuduh turut mempunyai penyakit buasir kronik dan bergantung kepada ubat-ubatan setiap hari.

Permohonan itu bagaimanapun tidak dibenarkan Majistret yang menetapkan 20 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula.

Pada 25 Julai lalu, keluarga Zahari membuat laporan polis berikutan kematian pemuda itu yang didakwa dipukul semasa dalam tahanan oleh sebuah agensi penguatkuasaan.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Mohamad Ashraf Ahmad Sohaimi berkata, keluarga mangsa berharap untuk mendapat pembelaan sewajarnya, di samping ingin mengetahui tindakan diambil terhadap lelaki itu hingga membawa kepada kematiannya.

Kes tersebut mendapat maklum balas dari Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat yang memberi jaminan, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan adil. - Getaran 21 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Lembu Korban Di Kedah Kekal Antara RM750-RM800 1 Bahagian

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Semasa 1 hari yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Persiapan Istiadat Pertabalan Agong Sudah Di Peringkat Akhir