web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Tekanan Untuk Pengerusikan Mesyuarat - Speaker

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 2:22PM

Azhar Azizan Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – “Saya tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran bagi mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat semalam,” kata Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Jawapan diberikan beliau itu sekali gus menafikan dakwaan kononnya ada seorang Menteri Kanan mengeluarkan arahan, supaya Azhar menarik balik cadangan untuk meminta Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat pada sebelah petang, semalam.

Azhar berkata, beliau sememangnya ada memberikan surat kepada Kor Ming untuk mempengerusikan mesyuarat Dewan Rakyat namun menukar fikiran pada saat akhir dan kembali mempengerusikannya sendiri.

“Saya menukar fikiran pada last minute (saat akhir) untuk kembali dan mempengerusikan mesyuarat berkenaan.

“Saya sebenarnya tidak didorong atau ditekan oleh sesiapa untuk menukar fikiran itu, saya cuma menggunakan kuasa saya untuk menukar fikiran,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau memberitahu, tiada sebarang panggilan diterima untuk mengarahkannya menukar fikiran.

Terdahulu, Gobind Singh Deo (PH-Puchong) bangun dan menuntut penjelasan daripada Azhar berhubung dakwaan Kor Ming disekat seorang Menteri Kanan daripada mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat, semalam.

Gobind turut mempersoalkan sama ada mesyuarat semalam sah kerana speaker mengeluarkan surat meminta individu lain mempengerusikan persidangan namun perkara sebaliknya berlaku. - Getaran, 21 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia