web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buruh Bakar Pondok Polis Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 8:25PM

Mohd Zamri Mohd Zakariyah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan membakar pondok bit polis di Jelawat, 2 minggu lepas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan membakar pondok bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat dekat Bachok, dua minggu lalu.

Mohd Zamri Mohd Zakariyah, 35, yang masih bujang membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan khianat dengan api dengan cara membakar pondok bit PDRM.

Kesalahan itu dilakukan di pondok bit PDRM di Jelawat, Bachok, jam 2.20 pagi, pada 11 September lalu.

Atas perbuatan tersebut, Mohd Zamri berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Fariz Abd Ghani menawarkan jaminan kepada tertuduh sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon satu tarikh untuk serahan dokumen.

Dia diwakili peguam bela, Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar dan Husni Mubarak.

Syed Muhammad Syafiq sebelum itu memohon satu jumlah jaminan yang minimum kerana anak guamnya hanya bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM60 sehari.

"Anak guam saya juga menanggung seorang ayah yang sudah berusia dan keluarganya juga hadir pada hari ini," katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan dokumen.

Difahamkan, tertuduh membayar wang jaminan itu.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki bertindak membakar pondok bit PDRM di Jelawat, Bachok, 11 September lalu akibat tidak berpuas hati dengan ketegasan undang-undang berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 35 tahun yang juga suspek keempat itu ditahan di Kampung Gelong Badak dan hasil soal siasat ke atas suspek, dia mengaku bertindak di luar batasan kerana dihasut oleh rakan-rakannya. – Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia