web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DUN Sabah, Pembangkang Tuntut Kuasa Autonomi Negeri Dikembalikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Sep 2021 10:24PM

Mohd Shafie Apdal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sekali lagi menuntut kuasa autonomi Sabah dikembalikan seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menerusi perbahasan dasar kerajaan sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16, hari ini, Mohd Shafie (WARISAN-Senallang) menegaskan tuntutan tersebut demi kepentingan rakyat Sabah sendiri.

"Sabah seharusnya diberi kuasa menguruskan hasil balak, minyak, gas dan lain-lain.

"Kita harus menuntut royalti minyak 20 peratus kerana 37 peratus minyak di negara ini diperoleh daripada Sabah. Namun, sejak 1974 hingga sekarang, perkongsian masih memihak 95 peratus kepada Persekutuan manakala Sabah hanya memperoleh lima peratus," katanya.

Tegas beliau, pemimpin negeri ini harus menuntut hak tentang isu berkaitan Sabah bukan kerana kepentingan diri, tetapi demi rakyat di peringkat akar umbi.

“Lihat sahaja kejadian tanah runtuh yang berlaku di Sembulan baru-baru ini. Tidak seorang pun (menteri Persekutuan) datang melawat, (sedangkan) di Selangor menerima RM1juta bagi memperbaiki kawasan tanah runtuh tapi, kita nampak berapa peruntukan diberi kepada Sabah?

"Dalam pada itu, baki empat tuntutan dalam MA63 perlu diselesaikan dengan kadar segera demi kepentingan Sabah dan Sarawak," katanya.

Sidang DUN diberitahu, kerajaan Persekutuan harus menyemak semula jumlah peruntukan khas yang terlalu sedikit diberikan kepada Sabah dan mengembalikan 40 peratus hasil kepada negeri ini.

"Saya menggesa hasil pelancongan yang diberikan kepada Sabah disemak semula dengan menggunakan formula 40 peratus daripada jumlah hasil perolehan seperti termaktub dalam MA63. 

"Begitu juga dengan pemberian lesen penangkapan laut dalam yang dikeluarkan kerajaan Persekutuan juga perlu dikembalikan kepada Sabah," kata Shafie lagi.

Sebagai rekod, tunggakan peruntukan khas yang perlu diberikan kepada Sabah sudah mencecah RM50 bilion sejak tahun 1974.

Bekas Ketua Menteri itu berkata, isu pertindihan dari aspek pentadbiran tidak akan timbul sekiranya MA63 dilaksanakan.

"Sabah akan mempunyai kuasa untuk mentadbir wilayah Sabah dan Persekutuan mentadbir hal-hal di bawah bidang kuasanya,” katanya.

Sementara itu, Sidang DUN Sabah yang memasuki hari kedua, ditangguhkan jam 3.32 petang tadi, seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan pandemik COVID-19.

Persidangan akan disambung semula esok pada jam 10 pagi. – Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia