web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Guna Kuasa, Pegawai Kanan SPRM Ditahan Untuk Siasatan - Bukit Aman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 10:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit dalam kes kecurian barangan kes bernilai ASD6 juta (RM25 juta), kelmarin.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek sebelum itu ditahan SPRM selama enam hari bermula 14 September lalu, atas penglibatan dalam kes tersebut.

Menurut beliau, tangkapan dilakukan bagi tujuan siasatan berhubung kesalahan memiliki dadah berbahaya, senjata api dan peluru.

Katanya, dua kertas siasatan telah dibuka terhadap suspek.

“Kes pertama disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960, manakala kes kedua disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya hari ini.

Abd Jalil berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga Sabtu untuk siasatan lanjut.

SPRM sebelum ini mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Menurut suruhanjaya berkenaan, ketiga-tiga pegawai sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman selama enam hari.

SPRM juga memberi jaminan untuk tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah.

Penahanan oleh suruhanjaya terbabit bagaimanapun menerima kecaman pelbagai pihak yang menyifatkan ia sebagai satu jenayah dan seharusnya berada di bawah bidang kuasa PDRM. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia